|
|
BERTUBUH langsing dan tinggi lampai, sudah cukup menaikkan nama Yeap Chin Yee, 23, dalam dunia peragaan. Memiliki kecantikan semula jadi, Chin Yee atau lebih mesra dengan panggilan Felexia Yeap berbangga dengan pencapaian yang dimilikinya. Pada usia muda, dia dapat menyara keluarga dan diri sendiri. Baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang duta Panasonic Lumex 2010, Felexia ingin mengembangkan bakatnya dalam dunia seni dan perniagaan.
Wanita kelahiran Ipoh, Perak ini fasih berbahasa Melayu. Malah percakapannya ada sedikit pelat utara menarik perhatian ramai. Mempunyai ramai kawan Melayu sejak bangku sekolah lagi, Felexia minat menyanyi dan berlakon dalam bahasa Melayu.
Dia juga pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005. Minat Felexia dalam bidang peragaan bercambah sejak remaja lagi.
“Tuhan sudah memberi kecantikan semula jadi kepada saya. Tidak salah menggunakannya tetapi jangan sampai melanggar undang-undang,” katanya yang minat melancong.
Siapa sangka wanita berwajah fotogenik itu juga gemar mengubah suai kereta. Selain menyelam, Felexia pantang melihat aksesori kereta. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang tertarik melihat perubahan serta hiasan keretanya yang menarik.
Sebagai seorang wanita, dia tidak mengabaikan penjagaan berat badan walaupun mengakui gemar makan termasuk nasi lemak.
Berkongsi rahsia kecantikan, Felexia menjaganya secara ringkas.
“Wajah biarlah bersih dan banyak minum air untuk mengelak sembelit. Untuk bersiar-siar, sayagemar bergaya ringkas dan kadang-kadang saya akan memakai topi,” ujarnya yang kini terlibat dalam satu pertandingan ratu cantik.
Selain itu, Felexia merupakan penggemar wangian vanila. Melihat perkembangan One Drop Perfumes, dia yang pertama kali diperkenalkan wangian itu teruja dengan pencapaian wangian tempatan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: