![]() |
| INILAH pejabat Erma Fatima yang dimasuki pencuri di Wangsa Maju, Kuala Lumpur Jumaat lalu. |
KUALA LUMPUR - "Pencuri itu sungguh bijak kerana dia menutup suis utama penjana elektrik sebelum menceroboh masuk ke pejabat saya."
Demikian kenyataan penerbit, pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima Rahmad mengenai kejadian pecah masuk pejabatnya di Wangsa Maju pada malam Jumaat lalu.
Erma, 42, terkejut dengan kejadian yang melibatkan kehilangan pelbagai barangan elektronik kerana pejabatnya itu dilengkapi dengan sistem keselamatan.
"Setiap laluan keluar masuk pejabat menggunakan sistem keselamatan elektronik namun pencuri itu bijak," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, ekoran kejadian itu semua barangan elektronik seperti TV Plasma, beberapa kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan empat buah komputer jenama Mac hilang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: