Tuesday, April 13, 2010

Bunuh dua anak: Ibu kena bela diri


ROSNIZA berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas diperintahkan untuk membela diri semalam.


PULAU PINANG - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan seorang ibu supaya membela diri terhadap tuduhan membunuh dua orang anaknya dengan menjerut leher mereka menggunakan wayar seterika tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd. Yasin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Rosniza Ibrahim, 30, dari Kuala Kurau, Perak, menghadapi dua tuduhan membunuh anak-anaknya di rumah No. 7216, Taman Indah, Lebuh Batu Maung 8, Bayan Lepas pada 18 Februari 2007.

Dia didakwa membunuh Muhamad Alif Hakimi Idris, 6, pada pukul 11 malam di rumah itu manakala Muhamad Alif Hazimi, 2, kira-kira 15 minit kemudian di tempat dan pada hari yang sama.

Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: