
KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Perlis, Syazwan Syafiq Saidina (kiri) menerangkan cara mencegah penularan H1N1 kepada pengunjung Program Juara Rakyat DUN Indera Kayangan di Kangar semalam.
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa kesihatan meningkatkan pemantauan dan langkah berjaga-jaga selepas kes kematian dua beranak di Melaka baru-baru ini menunjukkan ada petanda wabak selesema babi atau H1N1 kembali meningkat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan, satu lagi petanda wabak itu kembali berleluasa ialah jumlah pesakit demam berkaitan influenza (ILI) telah meningkat sehingga 50 kes sehari di seluruh negara.
"Keadaan semasa belum sampai ke tahap gelombang kedua H1N1 tetapi kita berwaspada kerana bilangan mangsa sudah bertambah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: