
WALAUPUN pihak penguat kuasa kerap menjalankan operasi ke atas syarikat gores dan menang seperti dalam serbuan di Kepong ini tahun lalu, kegiatan itu tetap berleluasa.
BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Jualan Langsung 1993 bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa peniaga yang cuba mengaut untung besar hasil daripada peniagaan tersebut.
Jika draf pindaan akta itu diluluskan, syarikat yang didapati menipu dalam aktiviti jualan langsung boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta berbanding RM500,000 sekarang.
Bagi individu pula, kementerian itu mencadangkan denda dinaikkan daripada RM250,000 kepada RM1 juta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: