Tuesday, April 6, 2010

Kesan Suri Cruise

Anda tidak mungkin dapat melihat diva fesyen kanak-kanak berusia tiga tahun, Suri Cruise, memakai mana-mana pakaiannya dua kali.

PENUH GAYA...Suri memakai kasut tumit tinggi, gincu, seperti  ibunya, Katie Holmes.
PENUH GAYA...Suri memakai kasut tumit tinggi, gincu, seperti ibunya, Katie Holmes.

ANAK Violet Affleck ANAK Harlow Madden ANAK Gwen Stefani, Kingston Rossdale ANAK David Beckham, Romeo


ANAK Violet Affleck
Kini, keadaan serupa itu mungkin akan menjadi kenyataan bagi purata kanak-kanak di Britain, menurut kajian pendapat terbaru.


Hasil kajian itu menunjukkan, ibu bapa Britain kini membelanjakan lebih 700 paun (RM3,500) untuk pakaian anak mereka setiap tahun.


Kajian yang dijalankan di kalangan 1,500 ibu bapa oleh Debenham mendapati, purata 357 paun (RM1,785) dibelanjakan untuk pakaian seorang anak setiap musim.


Jumlah itu meningkat kepada 427 paun semusim untuk anak perempuan kerana kewujudan produk sampingan seperti 'jegging' dan jaket untuk kanak-kanak perempuan.


Syarikat berkenaan mendapati kanak-kanak selebriti, seperti anak Katie Holmes dan Tom Cruise itu, mendorong pembelian pakaian fesyen terkini kanak-kanak.

Ibu bapa mengaku membeli purata tujuh baju dan lima pasang kasut untuk perempuan mereka semusim sementara untuk anak lelaki, mereka dibelikan purata 10 kemeja-T baru dan lima pasang jeans setiap enam bulan.


Tujuh puluh peratus bapa berkata, mereka sering membelikan anak lelaki mereka jersi terbaru bola sepak, termasuk kelengkapan pasukan kebangsaan England sementara lebih berkata, mereka anggap fesyen memainkan peranan penting untuk memilih pakaian bagi anak perempuan.


Enam puluh tiga peratus ibu bapa berkata mereka tidak perlu menanti hari perayaan untuk membelikan pakaian baru untuk anak masing-masing dan 45 peratus lagi mengaku membeli pakaian baru untuk anak mereka sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu.


Berbanding dengan generasi awal, 57 peratus ibu bapa berkata, mereka tidak akan menurunkan pakaian yang sudah dipakai anak mereka kepada anak yang lain jika mampu membeli pakaian baru.

Ketua Bahagian Pakaian Kanak-Kanak di Debenham berkata, rakyat Britain terkenal kerana bersaing dengan jiran mereka.

Tetapi apa yang berlaku sekarang, kita cuba bersaing dengan keluarga Cruise!

"Jumlah wang yang sedia dibelanjakan oleh beberapa ibu bapa untuk membeli pakaian bagi anak mereka berdasarkan fesyen model kanak-kanak mungkin boleh membiayai percutian untuk sekeluarga," katanya.


Ibu bapa juga diminta memilih anak selebriti yang paling bergaya.

Anak Nicole Kidman, Rose, anak Jennifer Garner dan Ben Affleck, Violet, dan anak Brad Pitt and Angelina Jolie, Shiloh, adalah antara yang menduduki tangga paling atas.


Turut berada di 10 tempat teratas ialah anak Gwen Stefani, Kingston, anak Nicole Ritchie, Harlow serta anak Victoria dan David Beckham, Brooklyn, Romeo dan Cruz. Suri Cruise bagaimanapun jelas pilihan pertama dengan lebih 50 peratus undi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: