Sunday, April 18, 2010

Kerusi kecil jimat ruang


Susun atur kerusi bersaiz kecil di penjuru rumah bersaiz sederhana dapat menjimatkan ruang.


COMEL dan ranggi. Itulah kelebihan kerusi urutan bersaiz kecil dengan pilihan warna yang pelbagai. Lazimnya, kerusi urut bersaiz besar dan sukar untuk disesuaikan dengan dekorasi rumah.

Apatah lagi anda yang mempunyai rumah bersaiz sederhana dan kecil, keberatan untuk mempunyai kerusi urut kerana saiznya yang tidak sesuai dengan ruang rumah.

Dengan adanya kerusi urut bersaiz kecil, uSoffa Petit oleh jenama kesihatan gaya hidup, Osim, dekorasi anda lebih nampak santai dan moden.

uSoffa Petit merupakan kerusi urut pertama di dunia yang mampu diletakkan di pelbagai ruang kediaman termasuk bersaiz kecil dan terhad.

Kerusi urutan comel berkenaan direka menarik untuk dijadikan antara perabot rumah utama selain memenuhi keperluan gaya hidup moden masyarakat hari ini.

Cukup hanya sebuah atau dua kerusi, ruang yang kosong akan nampak lebih menarik.

Dengan warna ceria, kerusi berkenaan memberi kesegaran pada ruang agar tidak kelihatan kosong dan tidak bermaya.

Kebiasaannya, eksekutif muda yang bekerja di bandar lebih tertarik dengan ruang rumah bersaiz sederhana. Selain mudah dikemas, mereka tidak perlu memilih terlalu banyak perabot atau hiasan. Bagi menjimatkan ruang rumah, anda digalakkan memilih perabot dwi-fungsi. Misalnya, sofa atau kerusi yang boleh dijadikan katil. Jika anda mempunyai tetamu, perabot ini boleh dijadikan katil tambahan.

Sesuai dengan konsep kontemporari, kerusi ini boleh dipadankan dengan set perabot moden yang lain. Sementara itu, material permaidani terkini boleh disuai padan dengan kerusi ini.

Pelbagai bentuk sama ada bulat atau bersegi, permaidani yang dipilih menjadi hiasan tambahan kerusi comel ini.

Selain ruang tamu, kerusi ini menjadi pilihan sudut berehat dan bilik tidur.

Sementara menunggu mata ingin terlelap, anda boleh menikmati waktu rehat yang indah dengan berurut.

Rekaannya yang comel dan saiz sederhana, menjadikan ia sesuai dipadankan dengan pelbagai pilihan rona warna dinding atau perabot lain.

Ia membantu untuk melegakan bahagian bawah badan yang kepenatan dan apa yang penting, kerusi urutan comel ini turut menceriakan lagi dekorasi kediaman.

Kebetulan, masyarakat hari ini lebih gemarkan barangan yang mempunyai rekaan menarik dan mudah dipadankan dengan perabot sedia ada.

Justeru itu, produk kesihatan dan gaya hidup terbaru ini mampu memenuhi keperluan masyarakat.

Biarpun saiz kecil, kerusi berkenaan menyediakan urutan serta kelegaan di bahagian kaki, buku lali, paha dan pinggang yang menyeluruh. Saiznya yang kecil dan ringan berbanding kerusi urutan biasa iaitu 32 kilogram, memudahkan pengguna untuk meletakkannya di ruang tamu atau di bilik tidur.

Lebih istimewa, kerusi berkenaan boleh didapati dalam lima warna menarik iaitu coklat, hijau zaitun, oren, ungu plum dan merah ceri untuk menyuai padan dengan dekorasi ruang rumah

Sementara itu, kerusi uSoffa Pettit mempunyai tiga program rawatan iaitu urutan penuh, urutan belakang dan duduk serta urutan di bahagian kaki dengan hanya menyentuh butang yang disediakan. Ia boleh didapati pada harga RM2,588.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: