Monday, April 5, 2010

Gisele amal yoga, kung fu

Sesuai dengan statusnya sebagai supermodel, Gisele Bundchen tidak mengambil masa lama untuk mengikuti disiplin senaman khusus bagi mengembalikan bentuk badan menarik selepas bersalin, baru-baru ini.

pix_middle
pix_topright
Lokasi dipilihnya adalah sebuah studio di tengah Los Angeles, Amerika Syarikat.


Selepas menghabiskan masa seharian di situ, model yang menerima bayaran termahal di dunia itu muncul bermandi peluh tetapi jelas ceria.


Sebagai pengamal yoga yang tegar, Gisele, 29, melahirkan anak pertamanya, Benjamin Rein, pada 8 Disember tahun lalu.


Baru-baru ini juga, model kelahiran Horizontina, Brazil itu berkongsi rahsia bagaimana mengembalikan bentuk badan ideal selepas melahirkan bayi.


Bukti keberkesanan tip itu dapat dilihat pada tubuh Gisele sendiri.

Dia muncul menawan di pentas peragaan hanya beberapa minggu selepas Rein dilahirkan.


Dalam temu bual dengan majalah Vogue, Gisele mendedahkan bagaimana dia beramal dengan yoga untuk memulihkan bentuk tubuhnya.


Menariknya, kata Gisele, ia tidak perlu dilakukan di luar, sebaliknya sekadar di ruang tamu rumah sendiri.


Kata Gisele, apa yang dilakukan hanya meningkatkan sedikit latihan itu berbanding disiplin biasa diamalkannya sebelum bersalin.


"Rasanya otot-otot kita memiliki memori," katanya.

Ada kemungkinan juga ia hasil latihan berterusan Gisele walaupun ketika dia hamil.


Selain yoga, rahsia bentuk tubuh Gisele terletak pada latihan kung fu - juga konsisten sehinggalah dua minggu sebelum Rein dilahirkan.


"Saya berlatih kung fu sebagai tambahan amalan yoga tiga hari seminggu," katanya.


Mengenai fesyen dan kehamilan, Gisele berkata, ramai wanita mengambil sikap salah apabila tidak memikirkan apa yang perlu dimakan atau diketepikan.


"Ramai wanita menjadikan diri mereka seperti tong sampah.


"Berat badan saya hanya meningkat 13.6 kilogram ketika hamil," katanya.


Gisele kini menjadi isteri pemain bola sepak Amerika daripada pasukan New England Patriots, Tom Brady.


Brady mempunyai seorang anak, John Edward, 2, hasil hubungannya selama dua tahun dengan pelakon Sex And The City, Bridget Moynahan.


Apabila berpasangan dengan Brady, Gisele dilaporkan memberi tamparan hebat kepada Bridget dengan mendakwa Edward dianggap seperti anak kandungnya.


Tanpa menyebut nama Bridget, Gisele berkata: "Ia bukan kerana seseorang melahirkannya maka anak itu bukan anak saya. Saya menganggap Edward seperti anak sendiri sejak kali pertama bertemunya."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: