Thursday, April 22, 2010

Duda tetap jadi pilihan


Perbezaan usia bukan kayu pengukur dalam satu-satu hubungan.


AWAL bulan ini akhbar 'membongkar' cerita pelakon dan pengarah terkenal, Aziz M. Osman bakal menamatkan zaman dudanya dengan Puteri Sarbainun Lokman atau Puteri Lily.

Dan hujung minggu lalu seluruh negara menyaksikan pasangan itu memateri perhubungan dengan ikatan pertunangan pada satu majlis sederhana tetapi cukup 'manis'.

Pilihan Aziz, 48, bukan calang-calang kerana Puteri Lily merupakan anak gadis yang baru berusia 21 tahun.

Walaupun jarak usia 27 tahun menjadi topik perbualan hangat di kalangan masyarakat, tetapi ia bukanlah satu perkara yang luar biasa.

Pernah satu ketika kita dikejutkan dengan perkahwinan antara teruna dengan janda yang juga jauh jarak perbezaan umurnya.

Yang hebat dibualkan ketika itu sudah tentu perkahwinan antara Wook Kundur dengan Mohd. Nor Musa dengan perbezaan umur 69 tahun.

Ternyata istilah 'cinta tidak mengenal usia' serasi dengan perkahwinan pasangan ini yang utuh dan teguh sehingga hari ini.

Perkahwinan antara duda berusia dengan gadis muda juga bukan satu perkara baru kerana sebelum ini pun banyak berita tentang perkahwinan sebegini. Antara yang menjadi perhatian ialah pasangan Mohamad Senuan Ahmad Hariri dengan Intan Nor Farliana Shamsudin, yang berbeza umur 26 tahun; bekas banduan paling lama dipenjara di negara ini Jamil Ahmad dengan Siti Nasfuyah Ahmad Buang, (34 tahun ) dan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk Seri Mohammad Khalid Jiwa (20 tahun).

Adakah ia sememangnya dicari ataupun ketentuan yang telah ditetapkan?

Tepuk dada tanya selera. Atau mungkinkah trend hari ini anak-anak gadis memang menyukai lelaki yang berusia dengan alasan golongan ini lebih matang dan mampu membimbing rumah tangga.

Mungkin ini mengiyakan kata-kata nakal - walaupun duda masih laku.

Yang pasti gelaran duda bukan jadi penamat untuk mereka mencari kebahagiaan hidup.

Dan 'dianugerahkan' isteri yang jauh lebih muda mungkin bonus pada kebahagiaan yang dicari.

Sekiranya dilihat daripada perspektif agama, Allah sendiri telah menentukan, rezeki, ajal dan jodoh seseorang itu.

Sejauh mana kira merancang tetapi Dia yang menentukan dan Islam sendiri tidak dapat menerima kalau kehidupan tanpa keluarga dan masyarakat.

Perkahwinan itu sendiri sememangnya dapat menyempurnakan sebahagian daripada agama yang mahu melihat umatnya berkembang, kuat serta maju.

Mendalami isu ini, MEGA berkesempatan menemubual tiga orang duda, meminta pendapat masing-masing dalam soal jodoh.

Ternyata masing-masing mempunyai pendapat dan pendirian tersendiri dengan istilah 'duda terhangat' ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: