KLANG: Keluarga tunggang terbalik. Itu gambaran boleh diberikan terhadap sebuah keluarga apabila suami bersama dua anak lelakinya sanggup bersekongkol menghalau ibu kandung dari rumah, semata-mata kerana membela perempuan simpanan bapa mereka.
Tidak cukup kata-kata kesat dan cacian, mangsa turut mendakwa dipijak, ditendang di kepala, perut dan kemaluan oleh suami berusia lewat 40-an bersama perempuan simpanan terbabit ketika mahu mempertahankan rumah tangganya daripada musnah.
Difahamkan, mangsa yang enggan meninggalkan rumahnya, dibelasah lebih empat jam dengan disaksikan kedua-dua anaknya di hadapan rumah mereka di sini.
Namun, harapannya untuk mendapat pembelaan daripada kedua-dua anak kandung berusia 14 dan 12 tahun turut lenyap apabila mereka menyebelahi bapa dan perempuan simpanan lelaki terbabit, membuatkan ibu berkenaan terpaksa mengalah sebelum meninggalkan rumah sehelai sepinggang.
Difahamkan, perempuan simpanan berusia awal 30-an itu mempengaruhi kedua-dua anak mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dengan melaburkan wang ringgit dan kekayaan dimilikinya selain pasangan kekasih terbabit dikatakan ‘menyihir’ kedua-dua remaja berkenaan supaya membenci ibu mereka.
Semuanya bermula apabila mangsa yang mahu dikenali sebagai Puspa, 47, mendakwa mengetahui suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai perempuan simpanan sehingga mengabaikan kebajikannya dan anak-anaknya.
Menurutnya, setiap kali dia mempersoalkan perubahan sikap suaminya selepas memiliki perempuan terbabit, dia akan dibelasah.
“Bukan sekali atau dua, saya diperlakukan sedemikian lebih setahun. Saya hanya mampu berdoa supaya suami berubah.
“Disebabkan itu juga, saya mendiamkan diri bagi mengelak suami berang,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.
Puspa berkata, awal bulan lalu dia mendapatkan nombor telefon perempuan terbabit dalam telefon bimbit suaminya dan menghubungi wanita itu.
“Kami bertengkar lebih 30 minit. Mana tidaknya, perempuan itu mendakwa akan menghalau saya keluar dari rumah saya.
“Malah, dia juga memberitahu akan menjadikan rumah saya sebagai ‘banglo’ barunya,” katanya.
Tindakannya menghubungi perempuan itu mengundang padah apabila wanita terbabit melaporkannya kepada suami mangsa.Berikutan itu, suami mangsa berang lalu membelasah Puspa.
Puspa berkata, pada awal bulan ini kira-kira jam 10 pagi, wanita terbabit datang ke rumah sebelum menghalaunya keluar.
“Ketika itu saya cuba mempertahankan rumah tangga sebelum suami masuk campur. Suami bukan saja menampar, malah turut memijak kepala, menendang kemaluan dan perut saya.
“Biarpun diperlakukan sedemikian lebih empat jam, saya masih cuba mempertahankan rumah tangga, namun mengalah selepas kedua-dua anak turut mengarahkan saya keluar “Saya tak tahu apa yang terjadi kepada mereka,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Klang.
Sehingga kini, mangsa sudah membuat lebih 10 laporan polis membabitkan perbuatan keji suaminya selain beberapa kes ugutan dilakukan lelaki terbabit.
Difahamkan, Puspa juga sudah membuat banyak aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai dakwaan suaminya bersekedudukan dengan perempuan terbabit, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.
Puspa berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap suaminya dan perempuan simpanan itu supaya kejadian sama tidak berulang.
“Saya juga berharap kedua-dua anak sedar mengenai perbuatan mereka,” katanya.
1. Banyak aduan telah dibuat kpd Jabatan Agama Islam Selangor.
ReplyDelete2. Lebih 10 laporan polis membabitkan perbuatan keji suaminya selain beberapa ugutan.
Mana dia rakyat didahulukan ......
Puspa hanya seorang wanita biasa - sebab tu laa tiada liputan meluas di buat...tak mendtgkan untung pun utk di ambil berat
ReplyDeleteMana segala VVVVIP, persatuan wanita & what else yg masuk surat khabar ambil kisah...
Pelik tapi tu laa hakikatnya di Malaysia.. org yg minum arak secara terangan dan sahih ia salah di sisi undang2 agama di beri perhatian yg sgt meluas termasuk di pendekkan hukuman dari 6 bulan ke 2o hari sahaja... dan jugak liputan mengenai sgt meluas sampai pihak tertinggi pun masuk campur ...
Jadi setakat kisah Puspa... apalah sgt..
ish3..
ReplyDeleteoh malaysiaku tercentaaa.. apalah nak jadi.. kesihan puspa..
ReplyDeleteallahuakhbar !!
ReplyDeleteSaya percaya apa yang terjadi dan dialami oleh Puspa, di pejabat ugama dan balai polis pun bukan senang nak dapatkan bantuan kalau kes rumahtangga nih... Pengalaman yg pernah saya alami satu masa dulu jadi untuk Puspa berdoalah selalu kepada Allah kebenaran dan kemenangan akan datang kepada anda teruskan semua usha untuk menegakkan kebenaran jangan berputusasa bangunlah anda tidak keseorangan masih ramai yang sayang dan membantu asal jangan berdiam diri
ReplyDeletemane la berahim ali al kataki.
ReplyDeletepmpn simpanan tu mesti pmpn indon!!! kompom!!!
ReplyDeleteoh malaysiaku.....tempat rasuah,maksiat dan dosa2 dunia bermaharajalela....amin
ReplyDeleteDi manakah keadilan bagi seorang wanita bernama Puspa yang tinggal di negara Malaysia yang majoriti penduduknya beragama islam? Di manakah pejuang wanita dan hak wanita yang selalu dilaungkan? Salahkah seorang wanita malang bernama Puspa membuat aduan?Mengapakah aduan tersebut tidak diambil perhatia atau tindakan atau tindakan hanya diambil setelah Puspa terkorban?Malangnya nasib seorang wanita yang tidak terbela di negara yang kononnya memperjuangkan nasib wanita atau kerana di jabatan agam itu sendiri ramai dimonopoli oleh kaum adam yang akan selalu menyatakan "Puan perlu bersabar dan poligami itu dibenarkan? malang sungguh nasib wanita ini?Saya berdoa supaya Puspa dapat terus diberi kekuatan untuk terus hidup. Apalah gunanya ada suami yang tidak bertanggung jawab dan menyiksa hidup. Adalah lebih baik hidup bersendirian daripa didera begitu. Begitu juga dengan anak-anak masa kini yang mengutamakan materialistik. Suami yang bermain kayu tiga. Perempuan yang suka merosakkan rumah tangga orang lain. Suatu hari mereka akan diberi pembalasan daripada tuhan di satu masa dan ketika nanti. PUSPA rintihanmu mewakili ramai kaum wanita di Malaysia. Bezanya Puspa sanggup membuat pendedahan tetapi ribuan di luar sana hanya berdiam diri kerana jika diberitahu BIASANYA tiada yang peduli. Oh Malaysiaku kenapa semakin runtuh institusi keluarga islam masa kini.
ReplyDeleteSuami yang buat kerja keji tu memang layak masuk neraka jahanam.Begitu juga anak derhaka tidak layak hidup atas muka bumi ni.Tiada tempat selayaknya untuk mereka itu. Bersabarlah... tuhan sayang kepada orang setiasa bersabar.
ReplyDelete