Friday, April 23, 2010

Bront Cari Nama Untuk Buat Duit

"Seseorang pernah beritahu saya, dalam industri hiburan kita perlu cipta nama untuk buat duit. Tapi bila saya dah lalui sendiri pengalaman selama enam tahun baru saya tahu apa sebenarnya yang perlu dilakukan.


"Saya perlu buat produser percaya lakonan saya mampu buat untung kepada mereka dan populariti hanyalah soal kedua. Saya nak hidup seperti biasa, tak perlulah famous sangat. Kalau famous tapi tak dapat nak settle bill pun tak guna juga. Setakat ini saya puas hati dengan kerja dan pulangannya," ujarnya ketika ditemui di tayangan media filem Belukar.

Mengakui kepuasan lakonan dan hasil yang diperoleh sangat penting untuk menaikkan lagi semangat juangnya, Bront bersyukur akhirnya ditawarkan watak utama dalam filem Belukar arahan Jason Chong. Peluang keemasan datang sewaktu Bront berada di Thailand dan tidak sampai dua jam menerima skrip, Bront bersetuju menjayakan watak Nik, seorang penyiasat insurans.

"Peluang yang datang ketika itu pada waktu dan masa yang sangat tepat. Peluang bekerja dengan individu yang unik sangat berbaloi dan buatkan saya makin teruja lakukan something yang baru. Rasa pelik juga pegang watak utama dalam filem sebab ini first time tapi tanggungjawab tetap sama," katanya.

Gentar Dengan Babak Intim

Peluang melihat filem hebat ini di layar membuatkan hati tertanya-tanya bagaimana pengalaman Bront Palarae sewaktu melakonkan adegan intim bersama pelakon seksi Daphne Iking. Namun pemuda ini jujur mengakui tidak selesa dengan babak demikian, lebih-lebih lagi dia harus tampil tidak berbaju dalam beberapa babak dalam Belukar.

"Pertama kali jumpa Daphne pun saya rasa gugup sangat sebab dia sangat seksi dan cantik. Selepas tiga hari baru kami dapat sesuaikan diri bersama.

"Bayangkanlah saya terpaksa melakonkan babak di dalam bilik mandi bersama Daphne tapi ada banyak mata memandang di belakang tabir. Ingatkan seronok tapi sangat mencabar sebenarnya," ujarnya ketawa.

Saksikan filem Belukar lakonan aktor kelahiran Kedah ini di pawagam bermula 6 Mei 2010.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: