Friday, April 23, 2010

Brad Pitt Ingin Angelina Jolie Hamil

PELAKON Brad Pitt dan pasanganya Angelina Jolie, dikabarkan ingin menambah bilangan cahaya mata mereka. Ia berharap, Jolie yang sudah memberinya tiga anak kandung agar memberi anak keempat kepadanya.

"Tidak ada yang lebih disukai oleh Brad melainkan memiliki bayi lagi dari Angie," ujar seorang sumber yang dipetik dari National Enquirer.

Sebelum itu, pasangan yang mempunyai tiga anak kandung dan tiga anak angkat itu sudah beberapa kali dikhabarkan berpisah. Namun kini, keduanya pula dikatakan bakal berkahwin.

Jolie-Pitt telah didesak oleh anak-anak mereka untuk bernikah segera.

"Dia (Brad Pitt) merayu Angie agar segera menjadi teman hidupnya secara sah. Dia juga berjanji untuk melakukan segalanya agar keluarga mereka tetap bersatu," kata sumber.

Menurutnya kehadiran bayi akan memperkuatkan hubungannya dengan Jolie. Bagaimanapun hasrat Pitt mendapat reaksi positif dari kekasihnya itu.

"Angie sebenarnya ingin hamil lagi sebelum bermula penggambaran The Tourist " jelas sumber. Sayanganya keinginannya tersebut tidak tercapai kerana penggambaran filem tersebut telah bermula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: