Sunday, April 25, 2010

Ayu keluar persembunyian, dah ada anak

Setelah lebih setahun menghilang dengan pelbagai spekulasi akhirnya juara One In A Million, Ayu muncul menjelaskan isu yang berkait hal peribadinya. Dalam masa kehilangannya banyak gosip diperkatakan.

Antaranya statusnya yang berkahwin senyap senyap, kahwin kerana hamil dan sudah melahirkan anak. Apa penjelasan Ayu?

Ayu mengakui dia sudah berkahwin Januari tahun lalu dan sudah melahirkan seorang anak yang dinamakan Syed Nashrul Haikal. Namun penyanyi kelahiran Sabah itu menafikan dia mengandung sebelum bernikah. Suaminya seorang jurujual di kedai perabut di Bangi, Selangor.

Ayu, 21, juga menjelaskan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharudin, 23, berstatus duda anak dua semasa mengahwininya di Kuala Kangsar, Perak.

Namun dalam sidang akhbar yang diatur oleh pihak pengurusannya, Monkey Bone dan The 8 Unit, Ayu enggan bercerita lanjut pasal suaminya.

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana tidak boleh bercerita lebih lanjut tentang perkahwinan kami demi menghormati permintaan keluarga pihak suami.

"Saya akui telah melakukan kesilapan dan menghampakan peminat dengan merahsiakan perkahwinan," kata Ayu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: