GARA-GARA baju bola, vokalis Gigi, Armand Maulana bikin heboh di Twitter kerana ramai pengguna Twitter yang tidak menyukainya sehingga dia merasa diperlekehkan.
Kekecohan berlaku sejak Armand memuat naik gambar dirinya memakai baju warna merah dengan gambar Liverbird yang tertikam tombak. Terdapat tulisan We Rather Walk Alone yang merupakan sindiran untuk fans Liverpool yang memakai slogan You'll Never Walk Alone.
Tempias kata-kata turut mendapat perhatian para peminat Armand yang juga peminat Liverpool. Ramai yang masih menyokong Armand namun tidak kurang juga yang mencacinya. Padahal sebelum itu suami Dewi Gita itu sudah berkali-kali meminta maaf menerusi Twitter.
Semalam, konflik kembali meruncing. Seseorang bernama maddaz menulis status yang merasakan Armand tidak baik.
Armand tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia meminta pengurus Liverpludian itu agar menghubunginya dan menulis ketegasannya untuk membawa kes itu kepada pihak mahkamah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: