
AKTRES Jessica Alba mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat. Dia yang popular menerusi filem The Fantastic Four sudah memiliki seorang anak perempuan, Honor Marie, yang dilahirkan pada Jun 2008.
Namun, isteri kepada Cash Warren itu berhasrat untuk menambah jumlah ahli keluarganya dengan mengambil anak angkat selepas terlibat dalam sebuah program TV. Dalam program tersebut, Jessica telah melawat satu keluarga yang mempunyai 13 anak angkat tetapi tinggal dalam sebuah traktor kecil.
Bercakap pada rancangan Extreme Makeover: Home Edition: "Ibu saya membesar dikelilingi keluarga besar dan sentiasa mahukan lebih ramai anak. Saya pernah menyuruh mereka untuk mengambil anak angkat.
"Saya mendapat inspirasi daripada program TV itu. Jika anda mempunyai kapasiti untuk menyintai kanak-kanak, anda patut mengambil anak angkat dan saya mempunyai perancangan untuk berbuat demikian."
Aktres berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah menyatakan bagaimana kehidupannya berubah selepas mempunyai anak apabila dia bercuti dengan kawannya yang tidak mempunyai anak.
"Kini apabila saya mempunyai anak, percutian saya tidak akan sama lagi. Orang bujang tidak akan cuba untuk bangun awal. Mereka tidak faham dengan konsep bangun awal untuk menyediakan susu atau membersihkan badan bayi," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: