KUALA BESUT - Walaupun misi mereka hanya menyelamatkan seekor kucing tetapi anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut tetap berusaha membawa turun haiwan itu yang terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di Pekan Baharu Kuala Besut.
Pegawai Pertahanan Daerah Besut, Suhaimi Awang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik kucing kira-kira jam 1.30 petang memaklumkan kucingnya terperangkap di atas bumbung rumah selama tiga hari.
Menurutnya, empat anggotanya ke lokasi tersebut dan terpaksa menggunakan tangga untuk menyelamatkan kucing yang berada di atas bumbung setinggi kira-kira lima meter.
“Anggota bertugas mengambil masa 20 minit untuk membawa turun kucing betina itu dengan selamat.
“Anggota APM terpaksa memujuk dan memanggil kucing itu beberapa kali sebelum ia datang ke arah seorang anggota yang memanjat tangga itu lalu menangkapnya untuk dibawa turun,” katanya.
Suhaimi berkata, ketika diselamatkan kucing berkenaan dalam keadaan lemah kerana kelaparan dan dahaga berikutan tidak dapat makan dengan sempurna dalam tempoh tiga hari terbabit.
Sementara itu, pemilik kucing tersebut, Nor Azlita Bakar, 36, berkata, dia menyedari sejak hari pertama lagi kucing tersebut terperangkap di atas bumbung rumah.
Menurutnya, pada hari pertama dia berharap kucing tersebut dapat turun sendiri namun haiwan tersebut masih terperangkap di situ.
“Kami tidak dapat membawa turunnya dan untuk mengelak ia kelaparan, saya baling ikan rebus ke atas bumbung.
"Bagaimanapun kerana dia masih terperangkap pada hari ketiga dan kasihan kerana ia mungkin kehausan, saya mengambil keputusan memanggil APM,” katanya.
Katanya, kucing tersebut asalnya adalah kucing terbuang yang diselamatkan kemudian menjadi salah satu kucing kesayangan selain lebih lima ekor kucing lain yang dipeliharanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: