FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT . Sekurang-kurangnya tiga orang cedera selepas tupai mengamuk di sebuah rumah penjagaan orang tua di sini.
Mangsa yang panik menelefon talian kecemasan mengatakan haiwan itu menyerang penghuni yang berada di pangsapuri Sterling Court.
"Tupai masuk ke bangunan kami, di dalam bilik aktiviti dan melompat ke beberapa orang sebelum menggigit serta mencakar mereka," kata pemanggil dipetik stesen tempatan WFTV.
"Kami memerlukan bantuan. Tupai masih berada di sana dan ada orang berdarah.
Bagaimanapun, situasi kemudian berjaya dipulihkan, selepas seseorang telah membuang tupai daripada bangunan tersebut.
Sementara itu, memetik Metro.uk, keadaan mangsa yang cedera bagaimanapun tidak diketahui.