SHANGHAI - CHINA. Sebuah syarikat penerbangan China memberi ganjaran 3juta Yuan (RM1.8j) kepada salah seorang juruterbangnya selepas berjaya mengelak dari berlaku pelanggaran antara dua pesawat yang mungkin akan membunuh 439 penumpang.
Pesawat Airbus 320 bersedia untuk berlepas dari lapangan terbang di Shanghai bulan lalu apabila sebuah pesawat Airbus A330 yang turut berada di landasan, lapor People Daily Online.
Juruterbang, He Chao, memilih untuk mempercepatkan kelajuan dan terbang ke atas pesawat tersebut sekali gus mengelakkan pertembungan dua pesawat tersebut yang hanya berada 19 meter (62 kaki).
Insiden dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao pada jam 12.04 petang, 11 Oktober lalu.
Penerbangan MU-5643, Airbus A320-200 bersedia untuk berlepas ketika penerbangan MU5106, Airbus A330-300 baru sahaja mendarat.
Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) mengeluarkan simulasi kejadian semasa siasatan terhadap insiden itu.
Video menunjukkan A320 dipandu laju di landasan selepas juruterbang menyedari pesawat A330 memasuki landasan dengan hanya jarak beberapa kaki.
Menurut satu kenyataan di laman web China Eastern Airlines, pada masa itu, Airbus A320 sudah bergerak kira-kira 240km/j.
He mengambil keputusan tepat dengan menambahkan kelajuan dan terus terbang melintasi pesawat tersebut.
China Eastern Airlines memberi ganjaran bonus tunai kepada He di atas tindakan pantas yang diambilnya dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
Terdapat 413 penumpang dan 26 anak kapal berada di dalam kedua pesawat tersebut yang dalam perjalanan dari Beijing ke Shanghai, dan dari Shanghai ke Tiajin.
Siasatan dilancarkan oleh pihak berkuasa penerbangan China, CAAC, mendapati kawalan trafik udara dipersalahkan dalam insiden ini.
Pihak berkuasa telah membatalkan lesen dua pengawal trafik udara bertanggungjawab terhadap kejadian itu dan menghukum 13 pegawai kawalan trafik udara dari Biro Pengawalan Eastern China Air.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: