BERPELUANG bekerjasama dengan pasangan sendiri, barang kali menjadi antara impian ramai.
Masakan tidak, bukan sahaja boleh bergerak pergi dan balik bersama, bahkan kita menjadi lebih selesa dan santai untuk bekerja.
Dan itulah yang dirasai oleh aktres tinggi lampai, Fouziah Gous apabila ditawarkan menjadi duta produk Enchanteur bersama suaminya, Md Zhafran Md Yusof, 33.
Menurut Fouziah, dia dan Zhafran perlu melalui beberapa peringkat sebelum dipilih menjadi duta produk yang terdiri daripada rangkaian wangian dan penjagaan kecantikan itu.
"Sebelum menerima tawaran Enchanteur, saya perlu meyakinkan Zhafran terlebih dahulu dan mengajarnya bagaimana untuk menjadi duta.
"Bagaimanapun semua tidak sukar kerana Zhafran pandai bawa diri dan kami juga selesa kerana dapat bekerja bersama dan bersikap natural sepanjang proses bekerja.
"Cuma kalau orang yang tak kenal atau tahu dengan sikap Zhafran, tentu mereka fikir dia suka membodek tapi pada hakikatnya, Zhafran bersikap jujur dan kalau dia puji memang itulah apa yang dia rasa," katanya kepada Media Hiburan.
Wanita berusia 33 tahun ini berkata, dia dan Zhafran mengikat kontrak selama dua tahun bersama Enchanteur.
Di tanya mengenai rahsia kebahagiaan rumah tangga, Fouziah berkata, dia dan Zhafran tidak mengamalkan apa-apa rahsia.
Namun sebagai seorang wanita, dia kembali kepada fitrah dan meletakkan suami di atas.
"Saya adalah seorang wanita yang kuat bekerja dan suka mencari duit sendiri. Kalau saya mahukan sesuatu saya akan berusaha sendiri.
"Tapi bila kita berkahwin, kita tidak boleh terus bersikap begitu kerana sepandai mana pun kita cari duit sendiri, atau banyak mana duit yang kita ada, kita kena hormat suami.
"Jadi setiap hari, saya akan bertanya apa jadual suami pada esok hari agar senang saya menyusun jadual.
"Bahkan kalau bergaduh pun, saya dengan Zhafran tak pernah memanjangkan dan segera menyelesaikan masalah," katanya yang beruntung memiliki lelaki itu sebagai suami.
Tambah Fouziah, sejak bergelar ibu dan ayah kepada Muhammad Zeeshan hampir setahun lalu, perkara kecil yang dilakukan oleh Zhafran juga menjadi satu momen yang cukup berharga buatnya.
"Kami sama-sama bekerja dan Zhafran juga sangat ringan tulang menjaga anak.
"Kalau dia yang bangun dahulu pada awal pagi, dia tidak pernah kejutkan saya semata-mata untuk membuat susu anak.
"Walaupun nampak kecil, tapi perkara seperti itu menjadi momen indah buat saya," jelasnya.
Di tanya adakah dia membenarkan untuk Zeesha menyertai dunia glamor, Fouziah berkata, buat masa ini dia terpaksa menolak beberapa tawaran yang mahu menggandingkan dia bersama Zeeshan.
"Bagi saya kalau untuk sekadar suka-suka, dalam tempoh setengah jam saya tak kisah.
"Tapi untuk paksa dia bekerja, saya rasa belum lagi dan kalau boleh biarlah dahulu," ujarnya.
Bahagi masa
Berkongsi perkembangan terkininya, Fouziah berkata, selain sibuk dengan perniagaan yang berasaskan sarang burung dan terbaharu produk makanan 'chia seed', dia juga bakal kembali ke set penggambaran tidak lama lagi.
Menurut Fouziah, skrip yang menarik menyebabkan dia tertarik untuk menerima tawaran drama bersiri 26 episod yang akan disiarkan di RTM kelak.
"Kalau ikutkan saya memang tidak mahu mengambil projek drama bersiri.
"Macam sebelum ini pun, selepas tiga tahun tidak berlakon, saya terima tawaran berlakon drama Strawberi dan Karipap musim ketiga.
"Itu pun selepas pihak Global Station bersetuju dengan syarat dan permintaan saya.
"Cuma kali ini saya rasa sayang nak lepaskan skrip itu dan saya terima juga. Bagaimanapun pihak produksi juga sudi mengikut syarat saya.
"Saya berbuat demikian bukan kerana saya bersikap pentingkan diri atau besar kepala. Tapi saya buat semua itu kerana anak dan dalam masa sama, saya perlu bahagi masa untuk perniagaan," katanya.
Menerusi drama bersiri berjudul Aku Di Sisi itu, Fouziah akan bergandingan bersama aktor hebat, Azhan Rani.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: