Thursday, November 3, 2016

Selepas Insiden Tegur Najib, Soo Wincci Nekad Tidak Campur Hal Politik



Soo Wincci mahu berbakti pada negara.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci memberitahu dia tidak mahu lagi menyentuh dan memberi sebarang pandangan berkaitan politik yang boleh mencetuskam kontroversi dan memburukkan nama baiknya.
Soo Wincci, 31, berkata, dia sudah melupakan kisah kontroversi tahun lalu dan menganggap ia sebagai sebuah proses perjalanan menjadi seorang lebih matang.

"Saya tidak akan campur atau beri apa-apa pandangan dalam bidang politik kerana saya tidak mahu perkara lama berulang kembali.
Soo Wincci.
"Saya sudah lupakan kisah lalu itu dan yang pasti saya ingin menyumbang lebih banyak kepada negara," ujarnya.

Penyanyi itu ditemui pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Soo Wincci bergelar doktor falsafah (PhD) selepas menerima ijazah itu dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada majlis berkenaan.

Pada tahun lalu, Soo Wincci pernah mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik sebuah video yang meminta Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Perkara tersebut menimbulkan kemarahan segelintir pihak dan kesan daripada itu banyak penaja yang menarik tajaan mereka untuk konsertnya iaitu Inwinccible yang berlangsung pada 31 Oktober 2015 sehinggakan dia menanggung rugi.

Selain itu, katanya apa yang dilakukan ketika itu sebagai salah satu cara yang difikirkan terbaik tanpa memikirkan kesannya secara mendalam.

"Saya anggap ia sebagai proses, ya tahun lalu saya sering berfikir dan takut apa yang akan jadi pada negara tapi sebenarnya jika melakukan perkara yang betul semuanya akan jadi baik.

"Lebih baik sekarang saya fikirkan apa yang boleh saya lakukan untuk mengharumkan nama negara, itu lebih bagus," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: