KUALA PILAH - Sebilah keris adat bernilai hampir RM20,000 hilang dalam kejadian pecah rumah di Kampung Simat, Johol, awal pagi semalam.
Kehilangan keris itu hanya disedari pemiliknya, Hasanuddin Ahmad, 60, yang merupakan Buapak Yang Enam Luak Johol dikenali sebagai Datuk Nengarang, ketika tersedar dari tidur untuk ke bilik air pada jam 3.50 pagi.
Hasanuddin berkata, ketika keluar dari bilik air, dia mendapati pintu utama rumahnya renggang.
“Bila lihat pintu utama renggang, saya terus terfikir sebilah keris yang tersimpan dalam almari di ruang tamu.
“Memang sangkaan saya tepat apabila sebilah keris bertatah permata berharga RM20,000 telah lesap, termasuk sebuah telefon bimbit jenama Vivo berserta pengecas dan powerbank bernilai RM1,000,” katanya.
Beliau akui amat terkilan kerana keris yang ditempah khas dari Solo, Indonesia itu adalah satu-satunya keris yang digunakan untuk majlis adat istiadat.
“Saya orang adat, jadi keris adalah peralatan mesti ada untuk menghadiri majlis adat istiadat. Keris itu dah bersama saya selama lapan tahun dan memang tak dinafikan ramai yang mengidamkannya.
“Ada juga yang menawarkan untuk beli keris itu, tapi saya menolak kerana ia amat berharga buat saya.
“Istimewanya keris sepanjang 18 inci (0.46 meter) itu kerana terukir 99 nama ALLAH SWT pada bilahnya, serta sarungnya bersalut tembaga. Malah saya perlu ambil masa setahun untuk menempah tapi kini hilang sekelip mata sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Kejadian rumahnya dipecah masuk bukan pertama kali berlaku, sebaliknya sudah empat kali, namun tiada kehilangan barang berharga.
“Cuma kali ini, memang pencuri itu betul-betul menginginkan keris berikutan wang tunai, dompet saya tak pula dicurinya," katanya.
Menurut Hasanuddin, dia memang berhasrat untuk mewariskan keris itu kepada salah seorang anak, tetapi tak kesampaian apabila telah dicuri.
Sejurus kejadian itu, Hasanuddin membuat laporan di Balai Polis Johol kira-kira 4.40 pagi semalam dan terpaksa mencari gantian keris baharu untuk kegunaan majlis adat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd Rahman mengesahkan kejadian itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: