SHAH ALAM - Kira-kira 200 pesera telah menyertai program Kayuhan Santai Basikal Klasik Klang Heritage oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK), di Klang, baru-baru ini.
Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, program tersebut merupakan kali kelima diadakan dan laluan tertumpu di lokasi bersejarah serta warisan di sekitar bandar ini.
Difahamkan, program itu dibuat sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-59 negara tahun ini.
"Aktiviti yang diadakan juga dapat mempromosi tempat bersejarah di bandar diraja ini dan pada masa sama membina komuniti yang sihat dan cergas serta pendedahan sejarah kepada peserta muda.
"Acara ini juga mendapat sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat serta kaum dan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan rakyat," katanya di sini.
Adi berkata, keunikan program yang memaparkan kepelbagaian kreativiti dalam berpakaian bertemakan klasik dipamerkan oleh para peserta.
“Program bermula pada jam 8 pagi di Kompleks Sukan Pandamaran.Kayuhan sejauh 23 kilometer itu juga menampilkan beberapa pertandingan untuk para peserta,” ujarnya lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: