PADA zahirnya, gelaran jutawan atau 'orang kaya' mungkin dilihat indah bagi segelintir masyarakat. Mana tidaknya, dengan wang yang melimpah ruah, golongan ini bukan sahaja mampu memiliki banglo bertingkat-tingkat bahkan boleh membeli pelbagai jenis kereta mewah serta sering melancong ke luar negara.
Biarpun begitu pada pandangan orang, namun bagi empunya badan, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 29, kemewahan yang dinikmati bukan untuk dimegahkan, sebaliknya menjadikannya seorang yang lebih bersyukur.
Membina empayar perniagaan kosmetik menerusi jenama D'Herbs, Pengasas D'Herbs Holdings Sdn Bhd ini menegaskan, perjuangannya baru bermula dan beliau masih belajar untuk berjaya.
“Istilah orang kaya sangat subjektif, ada beranggapan kaya ini sama maknanya dengan kaya anak, kaya budi bahasa, kaya kebahagiaan dan kaya harta.
“Jika kita dah rasa diri ini kaya, sukar untuk ke hadapan dan mudah alpa. Sebenarnya untuk menjadi Aliff Syukri Kamarzaman sekarang bukanlah perkara yang mudah seperti anda lihat di Facebook dan Instagram saya.
“Sebenarnya pelbagai onak duri yang saya lalui, sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata,” kata anak jati Kuala Lipis, Pahang.
Menurut bapa kepada tiga anak ini, kejayaan bagi dirinya amat luas dan beliau masih bertatih dalam perniagaan.
“Ada orang berjaya kerana keluarga, berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam perniagaan. Bagi saya sendiri, saya masih belajar untuk berjaya.
“Saya sebenarnya meletakkan diri saya seperti baru bermula kerana jika kita letakkan diri pada tahap sudah berjaya atau kaya, kita tidak akan punyai semangat untuk berniaga lagi,” katanya.
Bagi dirinya, masih belum cukup untuk mengejar kejayaan tersebut di mana erti kejayaan baginya apabila mampu merealisasikan impian untuk jayakan orang terdekat dengannya.
“Kejayaan juga bukan sahaja pada segulung ijazah, sebab saya tidak ada diploma, sarjana muda atau sarjana, tetapi saya ada semangat,” katanya.
Berdikari sejak kecil
Sebenarnya apa yang ada hari ini, kata Aliff Syukri, datang daripada pengalaman kesusahan, cabaran dan hinaan yang dihadapi sendiri.
"Untuk sampai tahap sekarang, yang beri saya kekuatan adalah cabaran. Saya percaya sebenarnya untuk menjadi orang hebat perlukan hati yang kental, untuk dapat hati yang kental kita perlukan cabaran yang hebat.
"Hidup saya ketika kecil juga susah, tambahan ibu dan ayah telah bercerai, menyebabkan saya berdikari sejak kecil, apabila berniaga dari darjah satu hingga darjah enam.
"Orang lain belanja sehari RM2 tetapi saya belanja sehari 10 sen. Orang lain bawa satu beg ke sekolah tetapi saya bawa dua beg ke sekolah, di mana terisi jeruk dan kacang untuk dijual," katanya yang pernah bersekolah pondok di Kelantan.
Aliff Syukri turut berkongsi penderitaannya yang menghidap penyakit disleksia dan terpaksa berdepan hinaan dan kecaman sejak zaman kanak-kanak lagi.
"Bila saya dah besar berumur 22 tahun, baru saya tahu saya ada penyakit tersebut. Sejak kecil, saya tidak tahu mana kiri dan kanan, tidak ingat nombor kad pengenalan dan mudah lupa.
"Sekarang ini masih juga saya alami. Di sebabkan itu, jika iklan di televisyen atau berlakon, saya tidak melihat skrip. Saya ingat apa yang ingat dan saya percaya untuk berjaya jangan beri banyak alasan dan percaya pepatah jika kita ingin rasa manisnya madu, kita perlu rasai sakitnya disengat lebah," katanya yang cukup terkenal dengan gelaran 'Abang Terlajak Laris'.
Pernah diludah kerana suara
Biarpun pelbagai tohmahan pernah dilontarkan kepada usahawan muda ini, Aliff Syukri tidak pernah mengalah.
“Paling saya tidak dapat lupakan, adalah saya nak berniaga tetapi duit tak ada.
"Orang memandang rendah pada saya kerana faktor umur, apabila saya mahu berjumpa dengan orang, orang persoalkan siapa saya? Ada pangkat Datuk? Kerja apa? Seolah-olah tiada yang sudi memandang,” katanya.
Tambahnya, paling terkesan apabila ada juga mengutarakan ayat bahawa orang lelaki tidak boleh berjaya dalam perniagaan kosmetik.
“Jika adapun, dia adalah pondan! Dan orang yang biasanya dalam perniagaan kosmetik adalah orang Indonesia.
“Tohmahan itu pernah melemahkan saya dan pernah juga orang kata mereka tidak menyukai suara saya dan pernah ludah di hadapan saya kerana suara saya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: