MARANG – Pasangan suami isteri di Taman Sri Desa, Bukit Chendering di sini, cemas apabila menerima 'tetamu' tidak diundang, malam tadi.
Tetamu tidak diundang yang dimaksudkan adalah seekor ular sawa sepanjang kira-kira empat meter dan berat lebih 40 kilogram yang ‘menceroboh’ masuk belakang rumah pasangan itu.
Mereka bernasib baik apabila Arifin Abdul Rani, 43, menyedari kehadiran reptilia itu lebih awal sebelum berlaku perkara tidak dijangka memandangkan saiz ular agak besar.
Isteri Arifin, Noor Hafiza Abdul Majib, 31, berkata, suaminya menyedari kehadiran reptilia tersebut sekitar jam 11.30 malam apabila ular sawa itu dilihat berada di bawah kereta sorong di bahagian belakang rumah.
Noor Hafiza berkata, dia kemudiannya menghubungi anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Marang untuk tindakan kerana bimbang reptilia itu mndatangkan bahaya kepada mereka walaupun ia berada di luar.
“Ini merupakan kali kedua ular sawa masuk ke dalam kawasan rumah kami. Kali pertama pada Julai tahun lalu dan ketika itu seekor ular sawa tersebut berjaya menelan seekor kucing dan kemudiannya menghilang.
“Selepas kejadian itu kucing peliharaan kami ditempatkan dalam kurungan. Saya tidak pasti ular tersebut adalah ular sama yang telah masuk ke rumah ini tetapi kali ini tetamu tidak diundang itu berjaya ditangkap,” katanya.
Sementara itu, sepasukan empat anggota APM Marang yang diketuai Mohd Arifin Ramlee, 29, mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular tersebut dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kurungan.
Pegawai APM Marang, Mohd Zabri Abd Razak berkata, ular sawa sepanjang kira-kira empat meter dan seberat lebih 40 kilogram itu kini ditempatkan dalam kurungan di luar Pejabat APM Marang sebelum tindakan lanjut diambil.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: