Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz, 27, berkata, dia sebelum ini taksub dengan produk-produk menguruskan badan namun berasa kecewa apabila berat badannya meningkat secara mendadak apabila berhenti mengambilnya.
"Dulu ubat pelangsing badan adalah seperti 'kawan baik' saya tetapi ia sebenarnya memberi kesan tidak bagus kerana apabila saya berhenti mengambilnya berat badan bertambah lebih banyak daripada asal.
"Saya mula sedar itu bukan jalannya untuk kurus kerana ia hanya memberi kesan sementara sahaja dan sebab itu saya cekalkan hati untuk melakukan kaedah sebenar iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat," katanya.
Zulin mengulas mengenai penyebaran gambarnya yang berbaju kebaya dan kelihatan langsing ketika muncul dalam program Gegar Vaganza 3 pada Ahad lalu.
Pelakon itu mendedahkan dia kehilangan 10 kilogram daripada berat asalnya iaitu 75 kilogram hanya dalam masa sebulan selepas mengamalkan senaman dan diet.
Zulin berkongsi gambar sebelum dan selepas dia mengamalkan senaman dan diet di Twitter.
Dalam pada itu, Zulin berkata, pelakon Ahya Rosli adalah individu bertanggungjawab menyedarkannya untuk mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat.
Malah kata Zulin, anak kepada dramatis Normah Damanhuri itu turut bertindak sebagai jurulatih peribadinya bagi memastikan dia melakukan senaman dan mengambil pemakanan yang betul.
"Saya pada mulanya tidak percaya apabila Ahya kata dia ingin bantu saya mengurangkan berat badan tetapi apabila dia menunjukkan kesungguhan saya sahut cabaran itu.
"Dia seorang yang 'brutal' dalam memastikan saya disiplin dan komited terhadap rutin senaman selain menyemak setiap makanan yang saya ambil setiap hari.
"Walaupun rutin tersebut menyeksakan pada awalnya tetapi Alhamdulillah ia mula menunjukkan hasil positif," ujarnya yang menyasarkan untuk mendapat berat badan ideal iaitu 55 kilogram.
Sementara itu, Zulin berkata, selain senaman biasa dia juga menyertai kelas Muay Thai yang dikendalikan sendiri oleh Ahya.

Pelakon Ahya Rosli bertindak sebagai jurulatih peribadi Zulin.
Dari segi pemakanan pula, dia kini tidak mengelak daripada memakan nasi dan makanan yang mengandungi gula sebagai membantu mempercepatkan proses pengurangan berat badannya.
"Harus saya akui ia bukan mudah terutamanya perlu 'berpisah' dengan nasi tetapi saya lakukan demi kesihatan memandangkan usia pun semakin meningkat.
"Tetapi cara saya tidak mengambil karbohidrat tidak semestinya sesuai untuk orang lain dan ia mengikut kesesuaian dan cara masing-masing," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Zulin berkata, dia sebenarnya tidak menyedari perubahan fizikalnya kerana merasakan bentuk tubuhnya masih gempal sehingga dia membuat kemunculan menerusi Gegar Vaganza 3.
Jelasnya, peminat mula memviralkan gambarnya di laman sosial dan bertanyakan rahsia di sebalik pengurangan tersebut.
"Alhamdulillah banyak respons saya terima daripada peminat tentang perkara itu dan baharulah saya sedar tentang perubahan fizikal saya," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: