Thursday, November 3, 2016

30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik



Antara artis dan komposer yang layak ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik.
PETALING JAYA: Sebanyak 30 buah lagu terbaik dipilih ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik untuk merebut 12 tempat terakhir Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).
Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata,  tahun ini bakal memperlihatkan persaingan bukan sahaja pemuzik arus perdana tetapi juga underground seperti YouTube dan media sosial.

"Muzik-Muzik masih relevan dan mendapat sokongan padu dari para pengkarya seni tanah air.
Antara artis dan mereka yang terlibat dalam Muzik-Muzik.
"Tahun ini juga kami bukan sahaja menyokong artis dan pemuzik mainstream tetapi juga yang bergiat aktif secara underground seperti di Youtube dan media sosial untuk bertanding," katanya.

Sherina ditemui pada sidang media finalis Muzik-Muzik Separuh Akhir  Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara di sini, Selasa.

Peringkat separuh akhir itu akan berlangsung selama dua minggu iaitu pada 4 dan 11 November ini secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam dekat sini.

Anugerah Juara Lagu akan diadakan pada 22 Januari 2017.
Aiman Tino.
Dalam pada itu, Sherina berkata, kesemua lagu yang melayakkan diri telah dipilih melalui undian penonton.

Katanya, tahun ini juga konsep Showcase Muzik-Muzik juga diperkenalkan bagi memberi jalan pintas kepada lagu untuk mara secara automatik ke peringkat separuh akhir.

"Showcase Muzik-Muzik diperkenalkan pada Mac sehingga Ogos lalu dan ia memberi peluang kepada lima lagu untuk mara ke separuh akhir.

"Lagu berkenaan adalah Darah Muda(Bunkface), Hidup Dalam Mati (Syamil), Obses(Akim & The Majistret), Sudah Ku Tahu(Projector Band) dan Hang Pi Mana (Khalifah)," katanya.

Sementara itu, Sherina berkata, lagu Darah Muda nyanyian Sam Bunkface tidak menyertai pertandingan itu selepas pihak berkenaan menarik diri dan ia digantikan dengan Demi Cinta oleh Ezad Lazim.

Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir bakal dihoskan oleh Fara Fauzana dan Fizie manakala Amelina, Haiza dan Sarah Fazny bakal mengadakan persembahan istimewa.

Peminat yang ingin hadir ke siaran langsung berkenaan juga boleh mendapatkan tiket di kaunter Polis Bantuan Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 3 dan 10 November ini.

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu Pertama)
1. Takkan Pergi - Hyper Act
2. Sudah Ku Tahu - Projector Band
3. Hang Pi Mana – Khalifah
4. Hamcur Aku - Estranged Feat Fazura
5. Terakhir - Sufian Suhaimi
6. Setia - Elizabeth Tan Feat Faizal Tahir
7. Katakan - Harris Baba
8. Demi Cinta - Ezad Lazim
9. Mencinta – Azhael
10. Kekal Bahagia - Ippo Hafiz
11. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
12. Ragu-Ragu - Tasha Mansahar & Syed Shamin
13. Seperti Novel Cinta - Shiha Zikir
14. Cinta Sukar Ditafsirkan - Mal Imran
15. Mungkin Saja - Janna Nick
16. Berat - Mark Adam
17. Ada Saja - Amyra Rosli Feat Juzzthin & Waris

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu Kedua)
1. Di Amaran Mama - Hazama & The Penglipur Lara
2. Obses - Akim & The Majistret
3. Polaroid - Sakura Band
4. Hidup Dalam Mati – Syamel
5. Hingga Ke Jannah – KRU
6. Seindah Mimpi - Jaclyn Victor
7. Pencuri Hati - Ayda Jebat
8. Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip
9. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
10. Selamanya Cinta - Alif Satar & Shila Amzah
11. Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof & Mawi
12. Romeo – Stacy
13. Anugerah Terindah - Black

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: