Saturday, January 16, 2016

Suami terlantar hidap barah otak




Suami terlantar hidap barah otak
Nur Ilahi reda dengan nasib dia sekeluarga selepas suaminya dikesan menghidap barah otak.
PASIR MAS - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Demikian situasi dialami Nur Ilahi Ali, 25, bersama anak, Nur Ayuni Umairah, 5, apabila suami yang menjadi tonggak keluarga, kini hanya mampu terlantar selepas dikesan menghidap barah otak.
Nur Ilahi berkata, suaminya, Zulkifli Mohammad, 26, tidak berupaya untuk bekerja dan keadaan itu secara tidak langsung turut menjejaskan pendapatan mereka sekeluarga.
Bagaimanapun katanya, dia sekeluarga bernasib baik kerana ada saudara-mara yang sudi membantu, sekali gus meringankan beban kewangan mereka sekeluarga.
"Suami mula dikesan menghidap barah otak pada awal Oktober tahun lalu selepas menjalani rawatan susulan dan pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
"Sebelum ini dia kerap mengadu sakit kepala dan sangka menghidap migrain. Hujung Disember lalu, suami terjatuh di rumah dan kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya yang merupakan suri rumah sepenuh masa.
Menurut Nur Ilahi, suaminya kemudian ditahan di hospital dan pada 16 Januari, Zulkifli telah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di dalam kepala.
Katanya, selepas pembedahan itu, suaminya hanya mampu duduk di rumah dan tidak berupaya untuk keluar bekerja.
“Sebelum ini suami saya bekerja kampung. Pendapatan diperoleh mampu menyara kami sekeluarga. Tapi sekarang saya bersama suami dan anak kami menetap di rumah mentua di Kampung Kalor, Gelang Mas," katanya.
Orang ramai yang mahu membantu, boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Zulkifli 03-018-41-000-10145-5.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: