Cosby (tengah) hadir bersama peguam, Pressley (kanan) di Bangunan Mahkamah Montgomery County di Elkins Park, Pennsylvania.
PELAWAK terkenal Amerika Syarikat (AS), Bill Cosby tidak akan mempertimbangkan untuk membuat rayuan di atas tuduhannya melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita selepas memberikan alkohol dan dadah ke atas mangsa pada tahun 2004.
Cosby, 78, didakwa di mahkamah pada Rabu lalu dan ia merupakan tuduhan pertama terhadapnya selepas kira-kira 50 wanita mendakwa Cosby melakukan serangan secara seksual terhadap mereka.
Peguamnya, Monique Pressley menyifatkan ia sebagai tuduhan jahat dan ia hanya permainan politik yang bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada pilihan raya yang berlangsung baru-baru ini, lapor NBC.
"Anak guam saya tidak bersalah," katanya ketika ditemui pemberita.
Pressley dipetik berkata, dia menjangkakan pihak pendakwaan akan cuba mewujudkan satu corak tingkah laku terhadap Cosby dengan membawa tuduhan baharu daripada wanita-wanita lain.
Bagaimanapun katanya lagi, pihaknya sudah bersedia untuk berjuang menegakkan apa jua kebenaran dalam kes tersebut.
Cosby berdepan hukuman penjara lima hingga 10 tahun jika disabitkan bersalah.
Kes itu berpunca daripada tuduhan dilemparkan oleh Andrea Constand, 44, iaitu bekas pengurus pasukan bola keranjang di Universiti Temple di Philadelphia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: