SELEPAS filem Everest yang menemui penonton tidak lama lalu, sebuah lagi naskhah yang diangkat dari kisah benar, The 33 harus berada dalam senarai tontonan anda.
Filem arahan Patricia Riggen ini mengambil kisah sekumpulan pekerja lombong emas yang terperangkap dalam runtuhan di Gurun Atacama Chile pada 2010.
Melakar sejarah tersendiri, tragedi ini dianggap sebagai satu keajaiban kerana kesemua 33 pelombong yang terperangkap sedalam 2300 kaki di bawah tanah itu berjaya diselamatkan.
Membayangkan situasi itu, pastinya ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilalui sesiapapun sementelah ia mengambil tempoh yang agak lama untuk diselamatkan.
Bagaimanapun filem ini tidaklah setegang 'Everest' kerana ia digarap lebih ringan dan dramatik. Malah setiap cabaran dan kesukaran yang dilalui mangsa tidak ditonjolkan secara keterlaluan.
Seiring hasrat pengarahnya, filem ini disuntik dengan nilai-nilai murni yang mana ia memberikan semangat, dorongan, keyakinan serta doa yang tidak putus untuk kembali pulang.
Kisah bermula dengan sekumpulan pekerja lombong yang meraikan hari gembira mereka bersama keluarga tersayang. Masing-masing punya kisah tersendiri. Antonio Banderas misalnya, memainkan peranan utama sebagai Mario SepĂșlveda yang membuat keputusan meninggalkan isterinya yang cantik (Juliette Binoche) serta dua anak yang sedang membesar, demi
menampung kehidupan mereka sekeluarga. Begitu juga dengan pelombong lain. Kerjaya itu bukanlah satu pilihan kerana itulah punca rezeki utama masyarakat di negara itu.
menampung kehidupan mereka sekeluarga. Begitu juga dengan pelombong lain. Kerjaya itu bukanlah satu pilihan kerana itulah punca rezeki utama masyarakat di negara itu.
Saat mengharungi perjalanan, tergambar pelbagai perasaan di raut wajah mereka. Sehinggalah mereka diuji dengan mala petaka dahsyat yang hampir meragut nyawa.
Di saat itu juga penonton di bawa menyaksikan keadaan sebenar dalam lombong dengan penderitaan yang dialami mereka selepas runtuhan terjadi. Dalam keadaan serba kekurangan, manusia mudah hilang kewarasan dan hampir berbunuhan antara satu sama lain.
Namun Mario memainkan peranannya sebagai ketua dengan menyatukan kesemua mereka. Segala bekalan yang ada, terutama makanan dan minuman dikongsi bersama.
Kesungguhan kerajaan
Kisah tidak hanya tertumpu kepada mangsa semata-mata kerana ia turut membuka mata masyarakat tentang kegigihan seorang menteri muda, Rodrigo Santoro, lakonan Laurence Golborne dalam melakukan misi menyelamatkan mangsa.
Kesungguhan kerajaan
Kisah tidak hanya tertumpu kepada mangsa semata-mata kerana ia turut membuka mata masyarakat tentang kegigihan seorang menteri muda, Rodrigo Santoro, lakonan Laurence Golborne dalam melakukan misi menyelamatkan mangsa.
Ironinya, insiden seperti itu bukanlah satu perkara asing lagi dalam aktiviti perlombongan dan proses menyelamatkan mangsa adalah satu perkara yang mustahil. Namun atas kegigihan menteri serta kerajaan ketika itu, ia bertukar menjadi detik bersejarah buat aktiviti perlombongan di negara itu.
Bersama juruteranya, Andre Sougarret lakonan Gabriel Byrne, Rodrigo berjaya mengesan kedudukan mangsa pada hari ke-17 dengan keadaan mangsa yang semakin lemah. Keajaiban telah berlaku. Penemuan itu menyaksikan kesemua mangsa masih hidup dan mempunyai harapan untuk kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Namun tugas untuk mengeluarkan mangsa bukanlah satu perkara mudah kerana mereka memerlukan bantuan teknologi dari negara luar.
Di saat ini, emosi penonton diheret bersama. Sementelah ahli keluarga mangsa tidak putus-putus memberikan sokongan dan tidak berganjak dari lokasi kejadian.
Malah kisah penemuan mereka itu turut mendapat liputan di seluruh dunia dan sepanjang tempoh menyelamat dilakukan, penonton disajikan pula dengan rakaman komunikasi bersama mangsa.
Bukan sahaja membongkar realiti dunia perlombongan, filem ini juga memberikan anda pelbagai rasa dan emosi!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: