Friday, January 1, 2016

Rafidah Ibrahim ditipu rakan kongsi



Rafidah
Rafidah Ibrahim
SELEBRITI, Rafidah Ibrahim mengakui yang dirinya pernah ditipu oleh rakan kongsinya dalam sebuah perniagaan pakaian dan barangan kanak-kanak.
Menurutnya, kejadian itu berlaku pada tahun lalu, di mana rakan kongsinya itu tiba-tiba berubah sikap dan mahu menjalankan perniagaan itu secara sendirian.
“Kedai itu masih ada sekarang, cuma bertukar pengurusan dan nama.
“Masalahnya kita sudah beri kepercayaan, tetapi ada pihak ambil kesempatan. Kita dah buat sama-sama untuk menguruskan perniagaan itu tetapi akhir saya kena tipu.
“Alasannya ketika itu, dia memberitahu mahu tutup kedai kerana tiada sambutan. Namun apabila saya lalu di kedai itu pada hari lain ia masih beroperasi cuma dengan nama yang berbeza,” katanya kepada Zass ketika ditemui baru-baru ini.
Mengulas mengenai tindakannya apabila menjadi mangsa penipuan tersebut, penyanyi Apo Kono Eh Jang ini bagaimanapun tidak mahu memperbesarkan perkara itu.
Katanya, tidak berbaloi untuk dirinya membuat sebarang tindakan undang-undang kepada pihak tersebut.
“Cara pengurusannya ketika itu tidak menggunakan sebarang dokumen, hanya melalui sistem tunai, justeru susah untuk dapatkan bahan bukti.
“Cumanya dalam perniagaan jangan buat macam ni (menipu) sebab ada waktu kita menipu berada di atas tetapi ada masa kita akan berada di bawah, perniagaan seperti roda,” katanya.
Tambah pelakon berusia, 29 tahun ini juga, sejak berlakunya insiden tersebut, dia tidak lagi bertemu dengan rakan peniagaannya itu, sementelah pihak tersebut sering mengelak darinya.  
“Sebelum ini pun kami hanya berbincang menerusi Whatsapp. Bila dah bagi alasan macam-macam, barulah saya sedar saya kena tipu dan banyak alami kerugian apabila saya turut melabur dalam perniagaan itu,” katanya.
Lebih berhati-hati
Bagaimanapun sejak kejadian itu, menjadikan anak bongsu daripada 12 beradik ini lebih berhati-hati dalam menguruskan perniagaan.
“Ia menjadi pengajaran buat saya. Jika perniagaan itu dirasakan tidak memberi kepuasan kepada kita, jangan mudah-mudah terima pelawaan orang.
“Penting dalami dunia perniagaan. Sebelum ini mungkin saya kurang matang dalam bidang ini, tetapi kini saya sudah belajar sesuatu,” katanya.
Pada perkembangan lain, Rafidah merancang menghasilkan jenama pakaiannya sendiri tidak lama lagi.
“Insya-ALLAH dalam awal tahun ini, saya akan keluarkan baju itu. Tetapi sepenuhnya berbeza daripada yang ada di luar sana.
“Rekaan baju saya lebih 'urben' dan sesuai dengan cuaca negara ini. Insya-ALLAH saya akan letakkan di butik yang juga baru ingin dibuka tidak lama lagi iaitu Pret-A-Porter,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: