Friday, January 1, 2016

Pesawat Air India berpatah balik kerana tikus




Pemandu, kelindan maut lori dihempap pokok

MUMBAI - INDIA. Pesawat Air India yang dalam perjalanan ke London terpaksa berpatah balik ke Mumbai selepas penumpang menjumpai tikus di dalam kabin pesawat itu, lapor media tempatan.
Penerbangan AI 131 dalam perjalanan ke London pada Rabu sedang dalam penerbangan melintasi Iran apabila seseorang di dalam pesawat menjumpai tikus.
Jurucakap Air India berkata, pesawat berkenaan telah diperiksa dan kehadiran tikus dalam pesawat itu akan disiasat.
"Walaupun, masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat tikus di dalam pesawat itu, namun keputusan untuk berpatah balik adalah salah satu langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan penumpang,' katanya dipetik BBC.
Penumpang meneruskan semula perjalanan dengan pesawat gantian lain.
Insiden berkaitan tikus di dalam pesawat milik Air India bukanlah pertama kali dilaporkan.
Julai lalu, pesawat milik syarikat itu ketika dalam penerbangan ke Milan turut berpatah balik ke New Dehli.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: