Thursday, January 14, 2016

Kaufmann lancar koleksi wanita




Kaufmann lancar koleksi wanita
Pengurus Barangan H.O.L Chain Store (Malaysia) Sdn Bhd, Melissa Loke (tengah) bersama model menunjukkan Koleksi Kaufmann Wanita terdiri daripada Vesper dan Primadonna yang dilancarkan semalam.
KAUFMANN Malaysia (Kaufmann) menjangkakan peningkatan jualan 15 hingga 20 peratus pada 2016 berbanding RM5 juta pada 2015 di empat cawangan Kaufmann dan 21 cawangan House Of Leather seluruh negara.
Pengurus Besar H.O.L Chain Store (Malaysia) Sdn Bhd, CK Low berkata, sasaran tersebut menepati strategi perniagaannya yang memperkenalkan dua jenama beg tangan wanita baharu iaitu Vesper dan Primadonna.
“Jualan Kaufmann pada tahun lalu menurun 20 hingga 30 peratus kesan daripada pelaksanaan GST terutamanya pada Jun hingga November.
“Jualan kembali meningkat terutamanya pada Disember dengan adanya jualan akhir tahun,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Koleksi Kaufmann Wanita di Petaling Jaya, semalam.
Low berkata, Kaufmann yakin Koleksi Kaufmann Wanita menyumbang 40 peratus jualan, manakala selebihnya Koleksi Kaufmann Lelaki yang mempunyai lebih 10 produk, antaranya tali pinggang, beg, dompet dan beg bimbit.
Setakat ini, Kaufmann Malaysia mempunyai empat cawangan iaitu di pusat membeli-belah Mid Valley dan Hotel Federal; Kuala Lumpur, One Utama dan Mitsui Outlet Park di Selangor.
“Vesper rekaan penuh kulit asli sesuai untuk wanita yang inginkan kemewahan dilengkapi pelbagai ruang. Didatangkan dua warna, merah dan biru.
“Primadonna pula mempunyai pelbagai fungsi dan flap yang boleh ditukar ganti serta sesuai digayakan untuk ke tempat kerja, kasual dan parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: