Sunday, January 3, 2016

Isu 'pemuas nafsu': Puteri tampil jawab



Mas Ermieyati Samsudin
Mas Ermieyati Samsudin

SHAH ALAM - Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika isu kononnya ada ahli Puteri Umno dijadikan tempat pemuas nafsu pemimpin terus dimainkan.
Sebelum ini, pihaknya hanya berdiam diri dalam hal itu, namun Mas berkata, beliau akan terus bertindak selepas ini.‎
"Ada  pihak yang bermain dengan isu ini ataupun cuba membuat fitnah kita tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis.
"Sebelum ini ada pihak yang menyuruh kita buat laporan polis, tapi kita 'hold' dulu sebab kita tidak mahu panjangkan perkara ini, sebab yang membaca blog itu tidak ramai tetapi apabila benda ini menjadi sensasi maka kita harus bertindak," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Baru-baru ini, di laman media sosial serta beberapa portal memainkan semula isu lama yang mengaitkan Puteri Umno yang dijadikan pemuas nafsu pemimpin.
Memetik laporan itu, ada dakwaan mengatakan ada ahli Puteri Umno digunakan untuk menawarkan penajaan ke atas sesuatu pertandingan atau jawatan dalam parti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: