Friday, January 1, 2016

Barakah tampil Jalaluddin Hassan




Jalaluddin Hassan

PELAKON berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan dan Pensyarah Kanan Bidang Pengurusan Harta Orang Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Noor Lizza Mohamad Said muncul sebagai tetamu jemputan dan panel dalam program, Barakah menerusi tajuk Wasiat pada Ahad, 3 Januari ini, jam 9 malam.
Program bual bicara itu dihoskan oleh Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff membincangkan tanggungjawab sebagai umat Islam dan kepentingan membuat wasiat ketika masih hidup.
Pada masa sama, topik Wasiat akan menjelaskan perbezaan di antara hibah dan wasiat.
"Kita berharap topik ini akan memberikan informasi bermanfaat kepada penonton seterusnya memahami dengan lebih mendalam wasiat dalam konteks Islam.
"Antara isi-isu yang bakal dibincangkan dalam topik ini ialah mengupas dengan lebih mendalam tentang cara membuat wasiat semasa masih hidup dan bagaimana waris menerima wasiat setelah berlakunya kematian," menurut satu kenyataan media.
Program Barakah turut mengetengahkan selebriti  seperti Yatt Hamzah, Datuk Tarmimi Seregar dan Diana Amir.
Barakah merupakan sebuah program bual bicara membincangkan perkhidmatan kewangan Islam di dalam kehidupan seharian.
Program bual bicara ini sentiasa mengetengahkan topik positif untuk dikongsi bersama penonton seperti Zakat, Gadaian, Riba, Wakaf, Hutang, Insurans, Hibah, Rezeki Berkat, Produk dan Perkhidmatan.
Setiap topik akan dikupas tetamu jemputan yang pakar dalam tajuk  dikupas seperti Dr. Farid Ravi, Dr. Zaharuddin, Datuk Dr Inayah dan  pakar dalam kewangan Islam.
Program ini ditaja penuh Bank Muamalat Malaysia Berhad dan disiarkan pada setiap Ahad mulai 22 November lalu, jam 9 malam di TV1.
Penonton juga berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).
Barakah boleh ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: