|
DISAHKAN menghidap sakit jantung setahun lalu membuatkan Fahmi Idris, 54, sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar kesihatan dirinya terpelihara.
Dia mengurangkan aktiviti harian dan mula mengamalkan cara hidup sihat dengan dikawal selia oleh ahli keluarganya.
“Saya juga membuat senaman ringkas tetapi tidak terlalu berat kerana bimbang diserang sakit jantung secara tiba-tiba,” ujarnya ketika ditemui Infiniti di Planetarium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bekerja di sektor awam, Fahmi berharap mempunyai satu peranti yang membolehkan dia berhubung secara terus dengan ahli keluarga dan hospital ketika berlakunya detik-detik cemas.
“Baru-baru ini, saya terbaca di akhbar bahawa pihak Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah mencipta alat prototaip yang boleh digunakan pesakit sebagai penggera kecemasan.
“Pada pendapat saya, ia sangat bermanfaat terutamanya kepada pesakit yang berjauhan dengan keluarga,” kongsi Fahmi.
Peranti yang dinamakan Sistem Kecemasan Perubatan Luar Bandar (REMS) merupakan sistem pengesan kedudukan pesakit menggunakan aplikasi satelit Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan satelit Remote Sensing.
Dibangunkan oleh Angkasa dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), ia membolehkan pengguna menghubungi Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) dan ahli keluarga dengan menekan butang kecemasan (SOS).
“Ketika berlaku kecemasan seperti serangan jantung dan sesak nafas, pesakit kebiasaannya menjadi panik. Mereka tidak dapat berfikir dengan tenang.
“Maka, dengan adanya peranti REMS ini, jangka masa menyelamat boleh disingkatkan kerana isyarat yang diberikan oleh pesakit ke pusat kawalan EMS hanya mengambil masa 15 hingga 45 saat,” jelas Pegawai

PERBINCANGAN dan kajian yang
menyeluruh dilakukan oleh Angkasa bagi memastikan REMS dapat bertindak
sebagai peranti kecemasan dan menyelamat.
Penyelidik, Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa, Shahrizal Ide Moslin.
Dia menambah, pesakit yang menekan butang SOS pada REMS, ia akan menghantar isyarat koordinat kepada EMS. Ia seterusnya memaparkan lokasi pesakit pada peta digital di komputer pusat kawalan EMS.
Maklumat
Maklumat lokasi itu membolehkan EMS menghantar ambulans ke tempat tersebut dan membawa pesakit ke hospital berdekatan.
“Di pusat kawalan, pihak EMS boleh menjejaki kedudukan ambulans ketika menuju ke lokasi kecemasan menggunakan Sistem Lokasi Kenderaan Automatik (AVLS).
“Pada masa sama, paramedik boleh melihat data-data perubatan pesakit bagi memudahkan mereka mengenal pasti tahap kesihatan mangsa.
Jelas Shahrizal, maklumat terperinci pesakit amat diperlukan supaya pihak EMS mengetahui tahap keseriusan kesihatan pesakit.
“Sebagai contoh, jika pesakit menghidap sakit jantung, mereka perlu dirawat dalam kadar segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Disebabkan itu, pesakit diwajibkan mengisi borang maklumat peribadi dan rekod kesihatan mereka,” ujarnya.
Menurut seorang lagi Pegawai Penyelidik Angkasa, Ooi Wei Han, setakat ini, peranti prototaip itu mendapat perhatian daripada BSMM dan akan digunakan kepada pesakit-pesakit terpilih.
Katanya, BSMM akan memberikan peranti tersebut kepada mereka yang mempunyai penyakit kritikal dan memerlukan rawatan segera seperti sakit jantung, angin ahmar, elepsi dan wanita mengandung.
“Selain memberikan isyarat GPS, peranti tersebut juga dilengkapi dengan kemudahan menyimpan dua hingga tiga nombor telefon ahli keluarga pesakit.
“Malah, ketika mereka menekan butang SOS, nombor-nombor yang disimpan itu akan menerima sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berserta koordinat pesakit,” ujar Wei Han.
PESAKIT boleh menggunakan REMS ketika melakukan aktiviti harian.
|
Talian telefon
Memandangkan ia boleh membuat panggilan, peranti itu memerlukan talian telefon untuk berfungsi dan perlu dicaj seperti alat elektronik biasa.
Pembangunan REMS yang dibiayai menerusi dana Program Inovasi Inklusif 2013 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengetengahkan dua bentuk rekaan iaitu jam tangan untuk pengguna lelaki dan peranti kecil mudah alih bagi wanita.
Rekaan ini mendapat dua pingat emas pada pertandingan reka cipta Innovation And Invention Competition Through Exhibition (Icompex) 2014 di Jitra, Kedah baru-baru ini.
Justeru, pihak Angkasa berhasrat untuk menaik taraf peranti kecemasan itu dengan beberapa penambahan.
“Pada fasa kedua, ia akan dinamakan Rapid Emergency Medical System penggunaannya diperluaskan lagi kepada orang awam.
“Selain itu, kami dalam kajian untuk menambah fungsi sensor yang dapat mengesan perubahan tekanan suhu dan kadar degupan jantung pesakit,” optomis Shahrizal.
Tambahnya, gajet ini boleh dimanfaatkan hospital-hospital swasta mahupun agensi insurans untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: