TIGER Biskuat Nutrifruit terdapat dalam dua perisa baharu iaitu coklat strawberi dan coklat pisang.
|
PEMAKANAN merupakan antara elemen penting dalam tumbesaran mental dan fizikal kanak-kanak. Pemakanan yang menyihatkan mampu mempertajamkan minda dan membantu pembelajaran mereka.
Merupakan biskut kegemaran kanak-kanak, Tiger Biskuat keluaran Mondelez Malaysia, memperkenalkan dua jenis biskut baharu iaitu Tiger Biskuat Nutrifruit Strawberry Choc dan Banana Choc yang memahami kehendak dan keperluan tumbesaran mereka.
Ketua Bahagian Biskut, Mondelez Malaysia, Jean Ler memberitahu, pengenalan biskut perisa baharu itu merupakan satu langkah terbaik dalam usaha untuk mendidik ibu bapa mengenai kepentingan pemakanan kepada anak-anak.
Menurutnya, kedua-dua produk baharu itu dihasilkan setelah sesi penyelidikan dan pembangunan pemakanan kanak-kanak dijalankan selama 18 bulan.
“Kami sedar betapa pentingnya zat makanan seimbang dan peranannya dalam menyemai sikap ingin belajar serta ingin tahu kepada kanak-kanak. Pihak kami percaya sekolah terbaik adalah pada zaman kanak-kanak dan tiada guru sehebat sifat ingin tahu dalam diri mereka.
“Dengan pelancaran Tiger Biskuat NutriFruit perisa baharu ini, ia bukan sahaja membekalkan zat makanan bahkan, menyediakan platform kepada ibu menjadi rakan kepada anak-anak mereka,” ujarnya ketika berucap pada majlis pelancaran produk tersebut di ibu negara baru-baru ini.
Dua perisa baharu itu mengandungi ramuan berkhasiat dengan kombinasi buah buah-buahan gandum, susu dan coklat yang lazat.

DARI kanan: Sharifah Sofia bersama
Jean, Eric dan Annie pada majlis pelancaran perisa baharu Tiger Biskuat
di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Perisa coklat strawberi mengandungi potongan buah strawberi dengan rasa coklat. Perisa coklat pisang pula mengandungi perahan puri pisang yang disaluti coklat yang rangup.
Selain rasa yang enak, kedua-dua biskut itu kaya dengan vitamin A, B dan C. Kombinasi pelbagai vitamin itu juga memberi kesihatan mata, tenaga dan membantu badan anak anda menyerap zat besi daripada makanan.
Tambah Jean, variasi baharu itu dibungkus dalam pek kecil mudah dibawa yang mengandungi dua keping biskut setiap satu.
“Pek ini membolehkan kanak-kanak membawa bekalan biskut ke mana-mana sahaja tanpa perlu memikirkan bekas simpanan untuk lebihan. Ia memudahkan kanak-kanak bergerak dan melakukan aktiviti harian sambil menikmati pemakanan yang sihat,” jelasnya.
Tiger Biskuat merupakan antara jenama biskut utama daripada Mondelez Malaysia yang memahami kepentingan aspek ini dan telah memberi komitmen untuk merangsang tenaga dan minda kanak-kanak sejak 14 tahun lalu.
Aktiviti luar
Selain sesi pelancaran dua perisa baharu Tiger Biskuat, Mondelez Malaysia turut mengadakan sesi wawancara bertajuk Living an Adventurous Life with Your Child yang dikendalikan oleh Annie Joseph. Sesi itu menggandingkan Pengasas Yayasan Kits4Kids, Prof. Dr. Eric Lim bersama selebriti, pelakon dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Sharifah Sofia.
Menurut Eric, kanak-kanak masa kini perlu didedahkan dengan perkara-perkara yang mencabar seperti melakukan aktiviti luar dan tidak hanya bergantung kepada gajet canggih dalam kehidupan harian mereka.
![]() |
|
SHARIFAH SOFIA yakin nutrisi yang baik membantu tumbesaran anak-anaknya.
|
Jelasnya, cabaran dalam kehidupan kanak-kanak hadir dalam pelbagai bentuk dan fungsinya dalam membina tumbesaran mereka.
“Cabaran merupakan satu perkara yang dilakukan tanpa mengetahui hasil di akhirnya. Kebanyakan ibu bapa dewasa ini tidak mempunyai pengetahuan mengenai cabaran dalam kehidupan anak-anak. Cabaran hadir dalam pelbagai cara tidak hanya melibatkan aktiviti fizikal.
“Ibu bapa merupakan watak utama dalam membentuk keperibadian, intelektual, fizikal dan emosi anak-anak. Sekiranya ibu bapa memberi perancangan dan pendedahan mengenai cabaran, ia merupakan kaedah terbaik dalam kehidupan anak-anak sebagai persediaan menempuhi alam remaja,” ujarnya.
Menerusi sesi itu, Sharifah Sofia turut menceritakan kaedah, teknik dan pendekatan sebagai seorang ibu untuk membimbing dua cahaya matanya.
Menurutnya, pendekatan yang dilakukan itu memberi pendedahan kepada anak-anaknya belajar untuk mengatasi cabaran dan penyelesaian masalah menerusi aktiviti harian sama ada di dalam atau luar rumah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: