- Ismail mengangkut bahan terbuang dengan motosikalnya.
KANGAR - Asal jadi duit, dipungut semua bahan terbuang diperbuat daripada besi, getah atau atau plastik untuk dijual kepada pembeli barangan bagi proses kitar semula untuk mendapatkan wang perbelanjaan keluarga.
Demikian rutin harian kehidupan bekas pekerja buruh syarikat pengendalian kutipan sampah Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Ismail Ibrahim, 56 dari Kampung Chemumar dekat sini, demi mencari rezeki halal.
Dengan kudrat tulang empat kerat, Ismail yang juga dikenali sebagai Mat boleh diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana punca pencariannya semata-mata tertumpu kepada hasil penjualan barangan terbuang.
Ismail keluar rumah seawal 7 pagi, selepas menghantar anak ke sekolah dengan motosikalnya yang agak uzur, dia terus memulakan pencarian barang buangan di setiap tapak buangan barang-barang berkaitan untuk dikumpulkan sebanyak mungkin.
“Tak banyak, bolehlah RM20 atau RM30 sehari, tapi bukan setiap hari, kadang-kadang nak dapat RM10 pun belum tentu,” kata Ismail ketika ditemui di luar Kompleks Dewan Undangan Negeri sedang mengumpul barang buangan diperolehnya.
Ketika ini enam daripada sembilan orang anak termasuk yang bongsu berumur 5 tahun masih di bawah tanggungan Ismail manakala tiga lagi anak perempuannya telah berkeluarga.
Menurut Ismail, keadaan kesihatannya juga menyebabkan dia tidak boleh melakukan kerja berat seperti buruh kontrak, sebab itulah dia lebih selesa bekerja sendiri dengan mengumpul barang buangan yang boleh dijadikan sumber pendapatan meskipun tidak seberapa.
Pada masa sama, Ismail turut mengidap sejenis penyakit usus selain darah tinggi, kencing manis serta ketumbuhan di sebelah mata kanannya yang menyebabkan penglihatannya agak kabur.

“Walaupun agak mustahil untuk saya mengubah kehidupan keluarga dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang, saya tidak ada pilihan kerana ini sahaja keupayaan yang ada pada saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: