- Antara barangan dirampas anggota penguatkuasa KPDNKK berkenaan.
BANTING - Tindakan sepasukan anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sepang menyamar sebagai pengguna membeli kad tambah nilai di sebuah premis kedai serbaneka di sini berjaya membongkar aktiviti penjualan kad tambah nilai yang dicaj lebih 50 sen.
Ketua Cawangannya, Mohamad Ziyad Kamaludin berkata, penyamaran dilakukan kira-kira jam 12.15 tengahari selepas menerima maklumat awam yang merungut apabila barangan itu dikenakan caj lebih berbanding di tempat lain.
Katanya, walaupun kad tambah nilai yang dirampas bukan dalam kuantiti banyak, namun tindakan diambil atas aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan peniaga yang menjual kad tambah nilai RM10 pada harga RM10.50.
“Sebelum tindakan, kes telah diambil dengan penyamaran pegawai penguatkuasa saya yang membuat uji beli terhadap satu kad tambah nilai RM10 yang mana dijual pada harga RM10.50.
“Untuk membuktikan wujudnya kesalahan, pegawai penguatkuasa menyamar semasa proses uji beli tersebut dengan meminta resit belian yang mana kemudiannya jurujual menyediakan resit,” katanya.
Ziyad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu memberi seseorang pengguna gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan barang boleh didapati.
Katanya, tindakan mengenakan caj harga lebih walaupun 10 sen tetap menjadi kesalahan kerana nilai pada barangan sudah tertera harga.
“Bagaimanapun, peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga jika barangan tersebut sudah tertera harga sebenar.
“Orang ramai juga diharapkan dapat memaklumkan kepada kami jika terdapat aktiviti penjualan harga barangan yang tidak mengikut peraturan,” katanya

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: