Sunday, February 23, 2014

Medan selera tawar tarian ghairah



SEBAHAGIAN daripada GRO yang ditahan dibawa turun dari pentas di sebuah medan selera di Serdang, Selangor malam kelmarin.


SERDANG – Sebuah medan selera di Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini bukan sahaja menawarkan makanan dan minuman tetapi turut menyajikan tarian ghairah yang dilakukan gadis pelayan pelanggan (GRO).
Perkhidmatan yang ditawarkan secara terbuka sejak hujung tahun lalu itu menempatkan beberapa GRO berpakaian seksi menari di atas pentas untuk menarik pelanggan.
Difahamkan, tarian itu dianjurkan salah sebuah permis yang terdapat di medan selera tersebut untuk menghiburkan pelanggan selain mengaut keuntungan dengan menjual kalungan bunga dan perhiasan kepala kepada pelanggan di situ.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: