- Shahrizal Jaszle dan Shukri Yahya
SHAHRIZAL Jaszle dan Shukri Yahya merupakan dua anak seni yang memiliki platform tersendiri dalam karier lakonan masing-masing.
Buat kali pertama ke dua aktor ini digandingkan bersama-sama dengan pelakon Datuk Eizlan Yusuf, Syarifah Sakinah dan Ana Dahlia sebagai lima beradik yang menuntut keadilan menerusi drama arahan Along Kamaludin, bertajuk Dendam 5 Beradik.
Memegang watak sebagai Haniff, Shahrizal memberitahu faktor utama dia menerima tawaran ini kerana jalan cerita yang diketengahkan menarik dan belum pernah dilakukannya lagi.
“Jalan cerita mengenai lima beradik ini ada keistimewaan dan kekuatan yang tersendiri.
“Watak yang saya mainkan juga ada kekuatannya di mana dia juga berperanan penting bersama adik beradik yang lain dalam memastikan musuh utama mereka menerima hukuman yang setimpal,” ujarnya.
Manakala Shukri yang memainkan watak sebagai Mikail, akui lakonan itu beri banyak cabaran memandangkan karakter yang dibawa banyak bermain dengan babak aksi.
“Antara kelima-lima watak, Mikail antara karakter yang banyak terlibat dengan babak pergaduhan.
“Ini adalah cabaran terbesar buat saya kerana saya memang tidak ada asas dalam seni mempertahankan diri. Saya banyak bergantung pada koreografer untuk hidupkan babak-babak itu,” katanya.
Drama enam episod ini akan ditayangkan menerusi saluran Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) bermula 1 Mac ini.
Sering ditemani ibu - Jaszle
SELEPAS beberapa kali terpalit dengan kontroversi yang memberi impak besar kepada nama baiknya, dia dilihat seakan menyepikan diri.
Namun, dia yang dilihat hadir ke majlis pratonton drama ini bersama ibu dan adik lelakinya kini kelihatan lebih teratur.
Bertanyakan mengenai perkembangan itu, pelakon yang terkenal dengan drama ‘Asmara’ ini memberitahu kariernya kini lebih tersusun kerana adik lelakinya kini telah menjadi pengurus peribadinya.
"Secara jujurnya, saya hilang kepercayaan pada orang luar sejak apa yang berlaku pada saya sebelum ini. Jadi saya rasa lebih selamat bila adik saya sendiri yang menguruskan karier saya, tambahan pula kami tinggal serumah jadi ia lebih mudah,” jelasnya.
Tambahnya, sejak perkara yang tidak diingini berlaku, ibunya juga sering menemaninya ke mana sahaja.
“Kalau ikutkan memang sejak dulu lagi dia selalu ikut saya ke mana saja tapi lebih kerap selepas kes itu berlaku. Saya pun tidak kisah kerana lebih selesa cuma agak risau
dengan kesihatannya,” katanya.
Ditanya mengenai status kes yang dihadapinya sebelum ini, Shahrizal memaklumkan sebutan kes akan berlangsung semula pada bulan April ini.
“Saya perlu positif pada diri sendiri dan apa yang berlaku sebelum ini banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hari dengan keadaan sekeliling,” katanya yang merancang untuk
mengahwini kekasih hatinya, Redzwani Puteri akhir tahun ini.
Bangga di gelar ‘Jericho Malaysia'
BIARPUN sudah tiga tahun berada dalam industri lakonan, namanya masih belum dikenali secara meluas.
Namun, Shukri akui populariti bukanlah perkara utama yang dikejarkan malah banyak kekurangan yang perlu diperbaiki untuk menjadi seorang pelakon yang hebat.
“Saya tidak kisah kalau ada yang tidak kenal. Bagi saya populariti itu akan datang dengan sendirinya tanpa perlu dicari.
“Apa yang saya ada buat masa ini sudah mencukupi dan populariti itu saya anggap sebagai bonus,” katanya yang kini agak selektif dalam memilih tawaran.
Sekilas pandang memang tidak dinafikan raut wajahnya seiras pelakon kacak dari Filipina yang terkenal dengan lakonannya menerusi drama ‘Pangako Sayo’.
Shukri bagaimanapun akui bangga dengan panggilan itu memandangkan Jericho bukanlah pelakon calang-calang.
“Bila ramai yang bercakap mengenainya, saya cuba ‘google’ dan bila lihat kehebatan lakonannya, saya rasa bangga walaupun wajah kami tidaklah sama seperti yang dikatakan,” katanya sambil tertawa.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: