Thursday, February 27, 2014

Nuri Maulida: Kecewa lagi


  • Nuri MaulidaNuri Maulida

PELAKON, Nuri Maulida, terpaksa menerima kenyataan pahit apabila pernikahannya bersama jejaka dari Malaysia kecundang lagi.

Ini adalah kali ketiga di mana urusan pernikahan Maulida terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Menurut bintang filem ini, walaupun ianya adalah kali ketiga, namun ia tidak meninggalkan trauma buatnya.

"Saya tak mahu sedih lama-lama kerana ia juga memberi impak buruk. Malah, saya juga tidak trauma dalam hal ini, mungkin jodoh belum sampai lagi.

"Pun begitu, pengalaman ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan," kata pelakon imej bertudung ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: