- Air ketum yang diproses.
ALOR SETAR - Kalau nak air ketum 'power' anda hanya perlu tambah ubat batuk atau ubat penahan sakit seperti Panadol. Kalau nak lebih sedap, tambah saja minuman cola. Bagi yang brutal, boleh tambah serbuk ubat nyamuk.
Begitulah antara resipi yang orang normal dan berfikiran waras tidak tergamak lakukan tetapi sudah menjadi lazim kepada penagih tegar ketum.
Gejala ketagihan daun ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa Korth mutakhir ini semakin menular dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Kedah. Tumbuhan jenis herba yang tumbuh meliar itu asalnya digunakan untuk perubatan tradisional bagi merawat kesihatan dalaman badan.
Bagaimanapun, kelebihan daun ketum dilihat semakin menjadi kegilaan ramai dan disalahguna untuk tujuan tidak berfaedah, malah kesannya boleh membawa kemudaratan sepertimana pengambilan minuman beralkohol atau dadah.
Ini berikutan pengambilan daun ketum atau air ketum secara berlebihan akan membuatkan seseorang peminum atau pengamalnya berasa khayal dan memabukkan.
Sebelum ini, ketum tidak begitu popular dan digunakan oleh generasi terdahulu sebagai bahan perubatan tradisional.
Antaranya sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita baru lepas bersalin. Daun ketum akan direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
Ketum juga dimitoskan mampu merawat ketagihan dadah yang menjadikan seseorang penagih dadah mengambil ketum sebagai bahan alternatif.
Bagaimanapun, perkara itu tiada kesahihannya.
Seorang pengamal herba, Yusoff Ariffin, 50-an berkata, daun ketum dahulunya turut dijadikan penawar bagi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Menurutnya, orang-orang tua dahulu juga mengamalkan makan daun ketum bersama sirih pinang.
“Dahulu ketum memang diguna semata-mata untuk dijadikan penawar. Air ketum diminum bila perlu, daun pula dimakan bersama sirih.
“Dulu tak ada lagi isu minum air ketum sampai mabuk atau air ketum dicampur dengan bahan lain untuk tujuan memabukkan,” katanya yang juga Pengurus Mazidah Foods and Herbs Industries.
Ketum mudah didapati
Faktor senang diperoleh, mudah ditanam serta penguatkuasaan undang-undang yang ringan dilihat menyebabkan pengambilan ketum secara tidak sihat semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan orang muda.
Pokok ketum sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh dengan sokongan kesesuaian cuaca khatulistiwa negara ini membolehkan seseorang menanam tumbuhan itu tanpa penjagaan rapi.
Di Malaysia pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003. Ia juga dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana mengandungi mitraginin.
Menurut sumber Wikipedia, mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Akta Racun 1952. Dengan itu pokok ketum juga turut diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Dengan pengisytiharan daun ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003 itu bererti pokok ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, senario kini mendapati penularan ketum belum dapat dicegah bahkan semakin menjadi-jadi.
Di sekitar negeri Kedah, air ketum yang siap diproses dijual pada harga serendah RM2 sebungkus dengan kuantiti kira-kira 200 mililiter padu.
Manakala daun ketum yang tidak diproses dijual dengan harga 50 sen hingga RM1 satu beg plastik kecil.
Tinjauan Sinar Harian di sebuah tempat memproses air ketum di Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, mendapati ketum diproses dengan begitu mudah kerana hanya perlu merebus sahaja.
Daun ketum akan direbus kira-kira sejam sehingga mendidih untuk menghasilkan air ketum yang mempunyai rasa asli. Malah, air ketum tersebut juga ada yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan rasa dan kesannya lebih 'power' bagi mereka yang sudah ketagih.
Difahamkan, antara bahan campuran itu seperti ubat batuk, ubat penahan sakit, minuman cola malah ubat nyamuk.
Pengakuan kaki ketum
Tujuan 'pecah peluh' atau badan cepat berpeluh supaya berasa lebih segar dan sihat adalah alasan yang biasa diberikan oleh pengamal ketum.
Namun, sekiranya sering dijadikan amalan ia akan menjadi satu ketagihan. Malah, air ketum juga boleh mengkhayalkan sehingga seseorang peminum itu berasa ringan kepala atau badan serta berasa lebih tenang.
Seorang peminum ketum yang mahu dikenali sebagai Waafi, 28, berkata, dia mula terjebak dengan gejala minum ketum sejak empat tahun lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.
Menurutnya, pada mulanya dia sekadar mahu mencuba selepas diberitahu air ketum boleh menjadikan seseorang itu lebih bertenaga dan sihat.
“Awalnya saya cuba sikit saja, memang rasa pahit tapi saya minum juga sebab nak bagi badan berpeluh dan sihat. Masa itu pun tak selalu minum, kalau ada kawan ajak baru saya minum.
“Bila dah lama, memang jadi ketagihan... setiap hari mesti nak minum, kalau tak minum rasa tak sedap duduk. Selagi tak minum selagi itu tak dapat buat kerja dengan tenang,” katanya yang juga seorang pemandu jentera menuai padi.
Bagaimanapun tambah Waafi, sehingga kini dia tidak terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan supaya mencuba air ketum yang dicampur dengan bahan-bahan lain.
“Ramai kawan yang campur air ketum dengan ubat batuk atau Panadol. Biasa mereka minum dan mabuk, saya tak berani...sebab saya kerja mesin padi, bahaya kalau mabuk,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengambil ketum, dikenali sebagai Mazri, 53, pula tidak mengamalkan minum air ketum sebaliknya hanya makan daun ketum.
Menurutnya, amalan yang diamalkan sejak lebih 10 tahun lalu itu sudah sebati dalam kehidupan hariannya, malah dia akan membawa bekalan daun ketum ke mana-mana sahaja.
“Rasa daun ketum seperti daun jambu batu saja, cuma rasanya lebih pahit sedikit. Kalau makan daun ketum tak ada sampai mabuk atau pening.
“Pada mulanya saya makan untuk pecah peluh, badan rasa sihat dan sedap buat kerja sebab rasa bertenaga. Lama-lama jadi macam tabiat, setiap hari mesti rasa nak kunyah daun ketum.
“Saya ada niat nak berhenti makan, tapi setakat ini gagal. Mungkin sebab daun ketum senang dapat, harga pun murah,” katanya.
Bagaimanapun Mazri berkata, dia menasihatkan orang lain di luar sana supaya tidak mencuba makan atau minum air daun ketum kerana boleh menjadi satu ketagihan.
Penguatkuasaan ketum, banteras penularan
Awal bulan lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya daun ketum dimasukkan dalam Jadual
Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi membolehkan hukuman berat seperti penyalahgunaan dadah dikenakan kepada pemilik, pengedar dan pengguna.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata langkah itu perlu kerana daun ketum iaitu sejenis tumbuhan yang boleh mengkhayalkan seperti dadah, kini mula diseludup ke Thailand dan Singapura. Daun ketum hanya tumbuh liar di Malaysia.
Kita tidak mahu Malaysia menjadi hab dadah untuk ketum.
Hingga kini pesalah yang mengedar, memiliki dan menggunakan daun ketum itu hanya dikenakan denda sedangkan polis menyifatkan tumbuhan itu sebagai dadah yang boleh membawa kepada ketagihan dan memudaratkan penggunanya. Malaysia menetapkan penjualan daun ketum boleh didakwa mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum 4 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Noor Rashid berkata jika daun ketum dimasukkan dalam Jadual Satu ADB, polis boleh mendakwa pesalah berkenaan mengikut Seksyen 39 B Akta ADB 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
“Kini jika pokok ketum itu ditanam seperti ladang di belakang rumah seseorang pun kita tidak boleh ambil tindakan kecuali apabila mereka mengedar dan menjual daun itu kepada pihak lain, barulah ia menjadi kesalahan,” katanya.
KDN pertimbang perundangan baru atasi isu ketum
Susulan itu, KDN turut mempertimbangkan tiga kaedah untuk mengawal penjualan dan pengedaran daun ketum, yang dianggap sebagai tumbuhan mengkhayalkan seperti dadah, termasuk menggubal akta baru untuk mengawal penanaman tumbuhan itu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain menggubal undang-undang, dua lagi kaedah yang boleh diambil ialah menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan memasukkan daun ketum sebagai bahan dalam Jadual Satu Akta Dadah Berbahaya atau mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).
“Ketiga-tiga perkara ini masih dalam perbincangan terperinci di peringkat kementerian dan satu kajian sedang dijalankan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga sudah meminta pegawai perundangan daripada kementerian dan Jabatan Peguam Negara untuk turut meneliti perkara itu termasuk mengkaji satu perundangan di Thailand berkaitan penguatkuasaan daun ketum untuk diadaptasikan di negara ini.
Beliau berkata, hasil intipan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis juga mendapati daun ketum banyak ditanam di kawasan utara Semenanjung dan pihaknya serius untuk menangani masalah penyalahgunaan daun ketum kerana didapati 75 peratus pelaku jenayah menggunakan dadah.
Menurutnya, penasihat undang-undang KDN juga sedang meneliti secara terperinci langkah penguatkuasaan berkaitan salah guna daun ketum termasuk undang-undang yang dilaksanakan di Thailand. Kajian itu dilakukan bersama-sama penasihat undang-undang PDRM dan Jabatan Peguam Negara.
“Ada tiga langkah yang akan kita lakukan. Pertama, memperkukuhkan undang-undang dadah berbahaya yang ada sekarang atau langkah-langkah pencegahan khas atau mewujudkan undang-undang baharu berkaitan penanaman, pengedaran dan penggunaan daun ketum.
“Kita yakin undang-undang yang telah diguna pakai di Thailand adalah berat dan kita akan meneliti undang-undang berkenaan untuk disesuaikan dengan acuan perundangan Malaysia. Penanaman dan salah guna daun ketum banyak melibatkan kawasan di utara Semenanjung Malaysia,” katanya.
Gesa Parlimen gubal segera akta daun ketum
Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menggesa Parlimen menggubal akta bersesuaian berhubung penggunaan daun ketum dan aktiviti menghidu gam, yang disifatkan sebagai ancaman kepada generasi muda, selain penyalahgunaan dadah.
Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, perkara itu wajar diberi perhatian kerana kedua-dua bahan terbabit mudah didapati, selain dikenal pasti sebagai langkah awal golongan itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
“Sebelum ini, Pengasih sudah pun menyeru kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap isu ini, dengan mewujudkan peruntukan undang-undang penggunaan daun ketum dan hidu gam. Saya harap ia disegerakan dan dibawa bincang di Parlimen,” katanya.
Mengulas ketiadaan peruntukan undang-undang tertentu di mana hanya wujud kesalahan bagi memiliki air daun ketum bawah Akta Racun, Mohd Yunus berkata, Jabatan Peguam Negara dan Parlimen wajar mengkaji semula undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum agar dipinda kepada Akta Dadah Merbahaya.
“Isu ini perlu dikupas lebih lanjut oleh Anggota Parlimen, saya juga harap agar proses penguatkuasaan dipercepat kerana ia serius berbanding isu lain,” katanya.
Menurutnya, pencegahan melalui perundangan amat perlu selain saluran pendidikan, dengan menganjurkan seminar kepada ibu bapa dan guru agar lebih memahami tentang bahaya kedua-dua bahan berkenaan.
“Kebiasaan, penagih dadah akan mencuba bahan-bahan yang mudah didapati seperti daun ketum. Daun Ketum banyak tumbuh di utara terutama di kawasan sawah dan ia masih lagi tiada tindakan dari aspek perundangan atas penanaman pokok ini,” katanya.
MB Perlis nasihati penduduk musnah ketum
Menteri Besar Perlis, Azlan Man kecewa sikap segelintir penduduk di negeri itu yang giat menanam pokok ketum sebagai pendapatan sampingan di sebalik untuk tujuan perubatan.
Tegas Azlan, beliau tidak mahu Perlis nanti terkenal sebagai negeri `pengeksport’ ketum berikutan sudah terdapat banyak laporan berita di media cetak dan media elektronik mengenai aktiviti penyeludupan daun ketum di kawasan bersempadan Perlis dengan wilayah selatan Thailand.
“Saya menasihati penduduk di negeri ini terutama di kawasan luar bandar supaya tidak menjadikan tanaman ketum atau biak sebagai sumber pendapatan keluarga masing-masing kerana air ketum yang telah dicampur dengan bahan-bahan lain termasuk serbuk mentol lampu atau ubat nyamuk berbahaya kepada mereka yang meminumnya.
Tanam pokok stevia ganti ketum
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penanaman pokok ketum boleh dihentikan kerana ada tanaman alternatif iaitu stevia yang boleh diproses serta menjana pendapatan lumayan dalam masa singkat. Ia perlu bagi menangani kewujudan ladang ketum khususnya di Kedah. Daun pokok stevia boleh diproses sebagai bahan menggantikan gula dan ini boleh mengelak orang ramai terus menanam pokok ketum.
“Kita wajar membangunkan industri tumbuhan stevia khususnya di negeri ini yang mempunyai tanah dan cuaca yang sesuai. Ia boleh bangunkan secara besar-besaran," katanya.
Kedah bakal ikut jejak langkah fatwakan peraturan ketum
Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perbincangan ke arah memperhalusi fatwa berhubung penyalahgunaan ketum akan dilaksanakan berikutan gejala ketagihan air ketum semakin serius di negeri itu terutamanya di kawasan pedalaman.
“Jika dulu penggunaan daun ketum bertujuan untuk rawatan tradisional namun anak muda sekarang terlebih pandai mengubahsuai ramuan termasuk mencampurkan ubat penahan sakit, ubat batuk. Daun ketum yang direbus walaupun tidak dicampur juga boleh menyebabkan ketagihan kerana mengandungi getah,” katanya.
Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Majlis Fatwa Negeri Kedah juga pernah membincangkan mengenai pengharaman air daun ketum. Mesyuarat pada 3 Oktober 2005 telah memutuskan bahawa meminum air daun ketum sehingga memabukkan dengan dicampurkan dengan bahan yang lain, hukumnya haram.
“Ketum pada asal hukumnya adalah harus kerana masyarakat menggunakannya untuk perubatan herba atau tradisional. Tetapi telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat ," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: