Thursday, February 27, 2014

Operasi pembenihan awan ditangguh



PARA petugas membuat persiapan campuran garam untuk proses pembenihan awan di Pangkalan Udara TUDM, Subang semalam.


SUBANG - Operasi pembenihan awan yang dijadualkan dilakukan semalam terpaksa ditangguhkan ekoran keadaan atmosfera yang kurang sesuai dan tiada awan towering cumulus (kumulus menjulang) yang sesuai untuk menghasilkan hujan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, polisi utama yang ditetapkan untuk melakukan pembenihan awan ialah peluang ia berjaya mestilah 80 peratus ke atas.
Bagaimanapun, menurutnya, keadaan wap air di atmosfera yang sedikit semalam menyebabkan peluang untuk operasi tersebut berjaya adalah kurang dan kerana itu ia ditangguhkan bagi mengelakkan operasi itu menjadi sia-sia.
"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), waktu yang paling sesuai untuk pembenihan awan adalah pada awal minggu hadapan kerana keadaan atmosfera pada waktu itu paling stabil.
"Bagaimanapun, kita akan terus memantau keadaan atmosfera dan sekiranya petang esok (hari ini) keadaan elok, maka kita akan segera melakukannya," kata beliau ketika melakukan tinjauan persiapan akhir pembenihan awan di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: