- Saadiah menunjukkan kayu dipasang suaminya bagi menahan kayu alang yang patah.
ALOR SETAR - Daif. Begitulah keadaan sebuah keluarga di Kampung Gunung Sali yang terpaksa mendiami rumah hampir roboh.
Pengalaman pahit nyaris dihempap kayu alang dan kekuda bumbung rumah sukar dilupakan mereka sekeluarga, malah seakan-akan menimbulkan trauma dalam kehidupan empat beranak ini.
Saadiah Ibrahim, 57, berkata, suaminya nyaris ditimpa kayu alang patah sewaktu melalui tingkat atas kediaman mereka pada 2012, mujur anaknya sempat menahan bapa mereka.
“Manakala dua anak perempuan, Nur Jaswani Syarlyati, 20, dan Nur Jazmiza, 28, turut mengalami nasib serupa setahun kemudiannya.
“Ketika mereka berdua tidur dalam bilik di tingkat atas, kekuda bumbung hampir jatuh menghempap diri mereka.
Nasib baik, masing-masing sempat mengelak,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, beberapa insiden hampir mencederakan dirinya sekeluarga menyebabkan mereka sentiasa berhati-hati dan memutuskan untuk tidak lagi menggunakan tingkat atas, kerana bimbang kejadian tidak diingini berulang kembali.
Suaminya, Jusoh Hassan, 68, berkata, kediaman berusia sekitar 60 tahun itu mengalami kerosakan teruk kerana dimakan anai-anai, malah ia semakin teruk jika ribut melanda.
Katanya, keadaan kewangan dan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan rumah itu tidak dapat dibaiki.
Menurutnya, meskipun tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka, namun dia sekeluarga tetap terpaksa bergantung hidup sepenuhnya dengan gaji anak sulung lebih kurang RM1,000 sebulan.
Justeru, dirinya merayu pihak berkaitan membantu membaiki kediamannya, kerana dia sudah bingung memikirkan cara menangani masalah itu.
Orang ramai boleh menghulurkan sebarang bantuan kepada mereka melalui akaun Maybank milik Jusoh (152095655094) mahupun menghubungi anak perempuannya menerusi talian 012-5204062.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: