Tuesday, February 25, 2014

Penyempurna rona hitam putih


GANDINGAN kasual dan formal mencipta gaya urban kepada si pemakai.


PAKAIAN berona hitam atau putih adalah kegemaran majoriti individu. Selain mudah disuai padan, ia juga mampu mencipta gaya sederhana, santai namun elegan. Begitupun, rintangan kotoran yang lemah dua warna itu acapkali mencacatkan keseluruhan penampilan.
Bawah lengan atau ketiak adalah bahagian yang sering menjejaskan kebersihan pakaian hitam dan putih, terutama apabila deodoran yang dipakai meninggalkan kesan pada fabrik.
Kesan kuning pada baju berwarna putih dan tompok keputihan yang melingkari pakaian gelap khususnya hitam adalah masalah biasa kepada ramai orang. Ia bukan sahaja merosakkan imej luaran malah meruntuhkan keyakinan individu.
Berpandukan masalah tersebut, jenama dandanan diri Nivea mewujudkan deodoran invisible for black & white. Produk yang diperkenalkan pada tahun 2012 itu juga merupakan deodoran antikesan pertama di dunia.
Ia dilengkapi dengan tiga perlindungan bagi menyingkirkan peluh, bau dan bakteria. Justeru, kesan keputihan atau kekuningan pada pakaian hitam dan putih dapat dielakkan.
Sejajar dengan kejayaan produk tersebut, Nivea telah bekerjasama bersama butik dalam talian terkemuka Asia, Zalora. Menerusi kolaborasi itu, beberapa pereka fesyen tempatan dan label antarabangsa dikumpulkan bagi mencipta koleksi dengan nama Black & White.

JAKET hitam yang digandingkan bersama baju T santai telah menjadi paduan sempurna sejak sekian lama.


Antara pereka tanah air yang terlibat ialah Amir Luqman dan Joe Chia.
Terarah kepada gaya kasual dan klasik, setiap helaian pasti menepati cita rasa fesyen lelaki dan wanita. Rekaan segarnya pula menjadi cerminan kepada para pengguna Nivea yang bijak bergaya, aktif dan berkeyakinan.
Sempena kerjasama itu juga, pengguna setia Nivea turut menerima manfaat istimewa. Menerusi pembelian sebarang deodoran Nivea di kedai terpilih, pengguna akan menerima baucar diskaun 20 peratus.
Baucar tersebut boleh dibelanjakan di laman web www.zalora.com.my bermula sekarang sehingga 13 April 2014. Para pengguna turut berpeluang memenangi hadiah menarik apabila melayari laman rasmi Facebook Nivea Malaysia di www.facebook.com/mynivea dan menyertai cabaran dalam talian Stay Stain Free with Nivea Black & White.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: