- Lazada
KUALA LUMPUR - Peruncit e-dagang, Lazada, melancarkan aplikasi mudah alih baharu bagi peranti Androids dan iOS, untuk memanfaatkan perkembangan pesat perdagangan menerusi peranti mudah alih.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maximilian Bittner berkata, sebahagian besar daripada 600 juta pengguna Internet di Asia Tengara kini mengakses laman web melalui telefon pintar mereka.
"Syarikat kami sebagai peruncit e-dagang terulung menghubungkan alat peranti mudah alih ke rangkaian beli-belah dalam talian kerana sebelum ini pusat beli-belah fizikal hanya boleh dikunjungi penduduk bandar.
"Kami amat yakin dengan perkembangan pesat m-dagang (dagang mudah alih) di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut laporan terkini mengenai "Asia Tenggara: Trend Dalam Talian dan Matlamat", pertumbuhan e-dagang di Asia Tenggara akan mengalami peningkatan tahunan sebanyak 31 peratus sehingga 2015.
Menurut Lazada, pertumbuhan mendadak dalam penggunaan e-dagang ini dipacu terutamanya oleh peningkatan infrastruktur teknologi dan peralihan tabiat pengguna, serta kedudukan ekonomi yang bertambah baik di rantau ini.
Sebanyak 200 juta pengguna dalam talian dianggarkan antara tahun 2010 dan 2020, yang membina asas kukuh untuk pasaran e-dagang rantau ini pada tahun-tahun yang akan datang.
Pengguna dalam talian Asia Tenggara dianggarkan kira-kira 205 juta menjelang 2016, kenaikan ketara berbanding 118 juta pada 2011, dengan kebanyakan pengguna terdiri daripada golongan negara besar di Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.
Arus Internet yang pesat berkembang mendorong fenomena membeli-belah melalui Internet terutamanya dalam kalangan kelas pertengahan yang aktif mencari pelbagai produk yang berpatutan di pasaran e-dagang yang serba kompetitif.
Tahun ini merupakan tahun yang amat menarik untuk peserta e-dagang di rantau ini terutamanya dengan kemunculan perdagangan menerusi peranti mudah alih yang memperbaharui pengalaman membeli-belah atas talian untuk para pengguna yang sentiasa sibuk.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: