LOS ANGELES - Matahari mengeluarkan nyalaan terkuat pada tahun ini dan kejadian itu mencetuskan awan radiasi ke angkasa lepas pada kelajuan 2,000 kilometer persaat, lapor akhbar MailOnline semalam.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), letusan tersebut dikesan pada pagi semalam di bahagian tenggara matahari yang tidak menghadap Bumi.
Para saintis berkata, awan radiasi berhalaju tinggi tersebut tidak mengenai Bumi dan sekiranya ia terjadi fenomena berkenaan boleh mencetuskan ribut magnetik yang mengganggu isyarat radio, komunikasi serta satelit di Bumi.
Nyalaan berkenaan dirakamkan oleh satelit peninjau milik NASA yang dilancarkan pada tahun 2013 bagi memantau aktiviti matahari dan sistem suria.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: