SETIAP wanita mahupun lelaki, mengidamkan rambut yang sihat. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang menganggap rambut sebagai mahkota yang melengkapkan sisi keayuan mereka.
Ia juga merupakan pemacu kepada kekuatan personaliti seorang wanita. Namun, wanita bertudung sering berhadapan masalah kulit kepala dan rambut. Lebih-lebih lagi dalam cuaca terik dan lembap, kulit kepala wanita bertudung amat mudah berpeluh dan berbau, sekali gus menyebabkan kegatalan dan keadaan tidak selesa.
Masalah ini boleh diatasi. Antaranya dengan menggunakan herba habbatus sauda. Menariknya, formulasi herba dengan menggunakan teknologi moden boleh membantu secara mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.
Safi sebagai salah satu jenama produk penjagaan rambut berstatus halal di pasaran, baru-baru ini memperkenalkan empat variasi syampu, penyegar kulit kepala dan perapi rambut.
“Safi Shayla ialah produk yang menzahirkan khasiat habbatus sauda yang menjadi santapan Rasullullah SAW. Kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaan rambut khusus untuk wanita bertudung,” kata Pengurus Kanan Produk Safi, Nor Aziani Azizan.
|
Keempat-empat syampu tersebut adalah Safi Shayla-Licin terurus berserta multivitamin; Safi Shayla-Segar bermaya yang diperkuat dengan nano lipid enhancer; Safi Shayla - Antikelemumur dengan ZPT dan Safi Shayla-Kawalan rambut gugur dengan protein.
Dalam pada itu, perapi rambut Shayla pula didatangkan dengan dua kali ganda manfaat habbatus sauda serta multivitamin agar rambut sihat dengan haruman kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal.
Antibakteria
Melengkapkan rangkaian Safi Shayla ialah krim penyegar kulit kepala yang diperkaya dengan lima kali ganda manfaat habbatus sauda dan mentol. Ia bertindak memberikan kesegaran kepada kulit kepala agar, sekali gus memberi manfaat pada rambut. Ini berupaya memberikan keyakinan dan rasa nyaman dengan haruman berkekalan sehingga 48 jam.
Dalam pada itu, manfaat habbatus sauda dalam setiap syampu Safi Shayla ialah ia kaya dengan bahan antibakteria semula jadi yang menghalang pembiakan bakteria yang membuatkan kulit kepala tidak selesa dan rambut kelihatan kusam. Ia juga kaya dengan nutrien semula jadi menyihatkan, melindungi dan mencantikkan rambut
Semua rangkaian produk Safi Shayla boleh didapati di pasar raya utama, pasar raya besar dan farmasi terpilih seluruh negara.
Rangkaian Safi Shayla dijual pada harga antara RM7.70 hingga RM12.70 sebotol.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: