Friday, February 14, 2014

Jalan kaki 3 kilometer cari air


ORANG ramai terpaksa mengambil air dari paip utama Syabas di Taman Impian Ehsan, Cheras Selatan, Selangor semalam.


KAJANG - Seorang warga emas yang menghidap penyakit buah pinggang kronik di Taman Impian Ehsan, Balakong di sini terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer bagi mendapatkan bekalan air bersih.
Perkara itu terpaksa dilakukan oleh Leong Chew Tak, 62, bersama isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah sejak Selasa lalu berikutan masalah gangguan bekalan air tanpa notis yang berlaku di kawasan tempat tinggalnya itu.
Menurut Chew Tak, dia terpaksa berjalan kaki sejauh itu untuk mendapatkan sumber air di paip utama milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang terletak di Persiaran Impian di sini.
"Lori tangki air yang disediakan Syabas tidak cukup untuk menampung permintaan penduduk dan kadang-kadang saya tidak sempat untuk mengambilnya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Tinjauan Kosmo! di sekitar Balakong pula mendapati sebahagian kawasan berkenaan iaitu di Taman Impian Ehsan, Taman Setia Balakong, Taman Impian Indah, Taman Cheras Jaya dan Desa Ria menghadapi gangguan bekalan air.
Sementara itu seorang lagi penduduk yang tinggal di Taman Setia Balakong, Muhammad Rusli Maddai, 27, berkata, gangguan bekalan air tanpa notis awal daripada pihak berkenaan mengakibatkan orang ramai tidak dapat membuat persediaan menyimpan air.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: