Friday, February 14, 2014

Didenda RM5.02j


KHAIRUDDIN menutup muka dengan baju selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Berhad (MIMOS), Khairuddin Khalid, 53, didenda RM5.02 juta dan dihukum penjara selama tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan kes rasuah melebihi RM500,000, 12 tahun lalu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain membuat keputusan itu selepas tertuduh didapati bersalah di atas kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.
Berdasarkan empat pertuduhan, tertuduh didakwa meminta rasuah menerusi empat cek bernilai RM985,248 daripada Pengerusi Eksekutif Corporate Eight Asset Management Sdn. Bhd., Muhammad Khalid Ismail.
Daripada jumlah itu, tertuduh didakwa menerima RM502,002.37 sebagai upah kerana melaburkan dana pelaburan MIMOS Berhad bernilai RM5.5 juta dengan syarikat pelaburan berkenaan.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: